Barang kes Ops Daulat Tanduo dijadikan arkib

LAHAD DATU – Sebanyak 483 barang kes melibatkan Op Daulat 2013 diserahkan kepada Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah manakala 329 barangan lagi dilupuskan secara kekal.

Antara barang kes yang dilupuskan termasuklah barang kes itu termasuk senjata api dan peluru, pisau, parang, dokumen merangkumi pengenalan diri, risalah dan surat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, semua langkah berkenaan diambil selepas keputusan panel hakim Mahkamah Persekutuan yang membenarkan sebahagian barang kes terbabit disimpan sebagai bahan sejarah.

“JSJ menerusi Jabatan Peguam Negara sebelum inu mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Persekutuan agar semua rampasan dan barang kes Op Daulat diserahkan kepada PDRM untuk simpanan bahan sejarah.

“Panel hakim Mahkamah Persekutuan pada 15 Januari 2018 kemudiannya membenarkan permohonan melibatkan 812 eksibit dan barang kes Op Daulat dilupuskan dan sebahagian diserahkan kepada Muzium PDRM,” katanya ketika sidang selepas Majlis Pelupusan dan Penyerahan Barang Kes Op Daulat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Jalil memaklumkan sejumlah wang Peso bernilai 341,000 (RM27,000) turut diserahkan kepada Jabatan Perbendaharaan Negara mengikut arahan Mahkamah Majistret Lahad Datu yang dibuat pada 13 April 2013.-KOSMO! ONLINE

The post Barang kes Ops Daulat Tanduo dijadikan arkib appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*