Pemain Manchester City, Benjamin Mendy Bebas Enam Tuduhan Rogol

Benjamin Mendy bebas

Pemain Manchester City, Benjamin Mendy bebas enam tuduhan rogol

Pemain bola sepak Manchester City, Benjamin Mendy dilaporkan bebas daripada tuduhan merogol empat wanita serta melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita ketika perayaan pesta di rumah agamnya di Cheshire.

Menurut The Guardian, bekas pemain Perancis itu menunduk dengan tangan di kepalanya sewaktu hakim membebaskannya daripada enam pertuduhan rogol dan satu serangan seksual.

Bagaimanapun, pemain pertahanan berusia 28 tahun itu akan menghadapi perbicaraan kedua selepas juri tidak dapat mencapai kata putus ke atas pertuduhan merogol seorang wanita dan cubaan merogol seorang lagi wanita lain.

Mendy yang kelihatan hampir menangis di dalam kandang tertuduh memberitahu mahkamah bahawa, wanita yang menuduhnya merogol sebenarnya melakukannya dengan rela. Mendy juga menafikan dakwaan wanita itu yang mengatakan dia telah meraba wanita tersebut di dapur rumahnya.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Dia telah dituduh atas tujuh pertuduhan merogol terhadap empat wanita, satu pertuduhan cubaan merogol terhadap wanita kelima dan pertuduhan lanjut serangan seksual terhadap wanita keenam selepas ditangkap pada 11 November 2020.

Perbincangan juri ditamatkan pada hari Jumaat selepas berbincang lebih 60 jam selama 14 hari.

Defendan bersama Mendy, Louis Saha Matturie menangis selepas mendapati bahawa dia tidak bersalah atas tiga pertuduhan merogol melibatkan dua wanita.

Juri tidak dapat membuat keputusan ke atas enam pertuduhan lain terhadap lelaki berusia 41 tahun itu yang terdiri daripada empat dakwaan merogol tiga wanita dan dakwaan serangan seksual dua wanita.

Mendy memberitahu sewaktu perbicaraan bahawa adalah normal baginya untuk tidur dengan ramai wanita yang berbeza pada malam yang sama ketika mereka melakukan hubungan seks dengan rakan-rakannya.

Menjadi pemain bola terkenal membuatkannya mudah untuk membawa mana-mana wanita di kelab malam ke rumahnya di Cheshire, Prestbury.

Enam wanita itu menuduhnya melakukan serangan di rumah agam milik Mendy antara Oktober 2018 dan Ogos 2021 sewaktu mengadakan pesta haram semasa pandemik Covid.

Salah seorang wanita yang terlibat baru berusia 17 tahun sewaktu kejadian dakwaan rogol pada malam yang sama oleh Mendy dan Saha.

Memberi keterangan di Mahkamah Chester, Mendy berkata bahawa sepanjang keberadaannya di penjara telah mengajarnya untuk mempelajari lebih banyak perkara lagi tentang kehidupan.

Sumber: The Guardian

The post Pemain Manchester City, Benjamin Mendy Bebas Enam Tuduhan Rogol appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*