ATM Nafi Hantar Anggota Tentera Ke Palestin 

ATM ke palestin

ATM Nafi Hantar Anggota Tentera Ke Palestin 

KUALA LUMPUR, (Bernama) — Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan penglibatan anggota tentera ke Palestin seperti yang ditular menerusi platfrom Tik Tok, semalam.

Markas ATM, dalam kenyataan malam tadi, mengesahkan ia adalah video lama mengenai sekumpulan anggota ATM yang ditugaskan ke Lubnan pada 2022.

Markas ATM memaklumkan video berdurasi seminit 36 saat itu, disiarkan menerusi satu akaun TikTok.

“ATM telah meneliti kandungan video tersebut dan mendapati ia merupakan sebuah video lama mengenai misi pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) bagi  Kumpulan Malaysian Battalion 850- 10 (MALBATT 850-10) ke Lubnan pada tahun 2022.

“ATM menafikan kandungan video tular tersebut dan mengesahkan bahawa ia adalah tidak benar sama sekali,” katanya.

BACA JUGA: Rumah Kena Bom Ketika Main “Game”, Remaja Palestin Dan Kucing Kesayangan Berjaya Terselamat

Markas ATM meminta masyarakat agar tidak membuat sebarang andaian atau menularkan sebarang perkara yang tidak pasti atau berita palsu kerana ia boleh mengundang pelbagai spekulasi dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan masyarakat.

“Adalah ditegaskan bahawa mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998,” menurut kenyataan itu.

Sumber: BERNAMA

The post ATM Nafi Hantar Anggota Tentera Ke Palestin  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*