Pemandu Halang Ambulans Kecemasan Bawa Pesakit ‘Dihukum’

pemandu halang laluan ambulans

Pemandu Halang Ambulans Kecemasan Bawa Pesakit ‘Dihukum’

Seorang pemandu yang dipercayai menghalang laluan sebuah ambulans di Kilometer 6, Jalan Kuching-Sri Aman di Kuching pada Jumat lalu telah dikenakan tindakan oleh polis.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Suprintendan Mathew Manggie berkata pemandu itu dikenakan tindakan di bawah Kaedah 9 Kaedah-Kaedah Lalulintas 166/59 iaitu Kesalahan Tidak Beri Laluan kepada ambulans.

“Pada Jumaat lalu sekitar jam 3 petang, telah tular sebuah video di media sosial mengenai sebuah kenderaan yang tidak memberi laluan kepada sebuah ambulans yang membawa pesakit ke Hospital Sri Aman.

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasa Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman telah mengambil tindakan mengesan kenderaan itu dan pemandunya,” katanya dalam satu hantaran.

Mathew turut mengingatkan orang ramai terutamanya pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

“Mohon kepada semua pengguna jalan raya untuk mematuhi undang-undang serta peraturan jalan raya.

“Semua lalu lintas hendaklah apabila diberi amaran tentang kehadiran apa-apa ambulans, kereta bomba dan kenderaan polis hendaklah memberi laluan yang lapang kepada kenderaan-kenderaan tersebut,” ujarnya.

Baru-baru ini, tular sebuah video berdurasi 53 saat di media sosial yang memaparkan sebuah kenderaan menghalang laluan ambulans dalam kecemasan di Sri Aman.

Pesakit yang dibawa dilapor telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan hospital kerana pemandu tersebut tidak memberi laluan kepada ambulans itu.

Kredit: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Sarawak – JSPT/Facebook

Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Sarawak – JSPT/Facebook

BACA: Polis Siasat Empat Kes Pecah Amanah Kutipan Zakat RM9.7 Juta

The post Pemandu Halang Ambulans Kecemasan Bawa Pesakit ‘Dihukum’ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*