Pemandu Lori Didakwa Bunuh Teman Wanita Warga Thailand

Pemandu Lori Didakwa Bunuh

Pemandu Lori Didakwa Bunuh Teman Wanita Warga Thailand

SHAH ALAM, 8 Mac (Bernama) — Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh teman wanitanya dengan menolak wanita warga Thailand itu dari tingkat 23 sebuah kondominium di Setia Alam, bulan lepas.

Tertuduh, 37, yang memakai Kameja-T gelap mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tertuduh didakwa membunuh Mawika Lumyai, 32, di sebuah kondominium di Jalan Setia Dagang AH U13/AH Setia Alam, di sini pada 10.02 malam, 28 Feb lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan hukuman tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 7 Jun untuk sebutan kes bagi laporan forensik, kimia dan bedah siasat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farah Sofea Norazman manakala tertuduh diwakili peguam T.P. Aravind.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita warga Thailand maut dipercayai ditolak teman lelakinya dari tingkat 23 sebuah kondominium di Setia Alam yang menurut saksi, berlaku pergaduhan antara suspek dan mangsa sebelum wanita berkenaan ditolak dan terjatuh di tingkat tujuh kondominium berkenaan.

BACA: Tayar Pesawat Tercabut Ketika Berlepas, Jatuh & Rosakkan Kenderaan

Sumber: Bernama

The post Pemandu Lori Didakwa Bunuh Teman Wanita Warga Thailand appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*