Pemandu Safari Berjaya Rakam Pertarungan “Epic”, Buaya Kena Hayun Dengan Gajah

Gajah hayun buaya

Pemandu Safari Berjaya Rakam Pertarungan “Epic”, Buaya Kena Hayun Dengan Gajah

Kejadian luar biasa yang menunjukkan seekor gajah menghayun seekor buaya ketika pemangsa itu menggigit ekornya berjaya dirakam oleh pemandu safari Afrika Selatan, lapor UPI.

Pemandu safari bernama Emmanuel Sauti, 53 tahun berjaya merakam kejadian luar biasa itu menggunakan kamera miliknya.

“Ia terjadi ketika kami pulang ke tapak perkhemahan selepas tamat hari cuti kami. Ia hanyalah perjalanan yang biasa. Tapi tiba-tiba, kami tidak menyangka akan berpeluang untuk menyaksikan kejadian luar biasa ini,” kata Emmanuel menceritakan pengalaman menariknya itu.

Semasa kejadian itu, Emmanuel dikatakan sedang melalui sepanjang Sungai Luangwa.

“Ketika kejadian itu, kami telah terlihat pertembungan hebat antara dua haiwan tersebut di dalam air. Perasaan saya jadi bercelaru semasa melihat kejadian itu. Namun dalam masa yang sama saya turut berasa agak takut.

“Saya benar-benar teruja untuk menyaksikan sesuatu yang jarang berlaku. Gajah itu berlawan dengan baik, dan buaya itu juga tidak berundur,” cerita Emmanuel lagi.

Kredit YouTube

Kebiasaannya buaya lebih cenderung untuk menyerang haiwan yang lebih kecil seperti antelop dan ikan sebagai sumber makanan mereka.

Serangan yang jarang berlaku bagi haiwan seperti buaya

Serangan seperti itu dikatakan sangat jarang berlaku terutamanya buaya itu cuba untuk membunuh gajah yang besar.

Masih tidak diketahui apa punca serangan tersebut boleh berlaku, pihak safari turut tidak memahami dengan apa yang berlaku.

“Akhirnya, gajah itu berjaya menepis serangan buaya itu lalu menyeberangi sungai tersebut. Kejadian itu merupakan detik yang paling menggembirakan sepanjang kerjaya saya sebagai pemandu safari.

BACA: Viu Buat Showcase Percuma 31 Ogos, Boleh ‘Meet & Greet’ Artis Termasuk Bunkface & MK K-Clique

“Ia merupakan kejadian pertama bagi saya untuk melihat gajah berlawan dengan seekor buaya. Sebagai pemandu safari, saya pernah lihat pelbagai kejadian di alam liar, tetapi ini akan menjadi sesuatu yang akan diingati,” tambah Emmanuel lagi dengan teruja.

Selain itu, dia juga menyifatkan kejadian itu sebagai sesuatu yang berharga bagi dirinya dan bersyukur dengan pekerjaan yang dilakukannya itu.

Sumber: UPI

The post Pemandu Safari Berjaya Rakam Pertarungan “Epic”, Buaya Kena Hayun Dengan Gajah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*