Ringgit Ditutup Lebih Rendah Berbanding Dollar Hari Ini, RM 4.5005

ringgit ditutup rendah tiga hari

Ringgit Ditutup Lebih Rendah Berbanding USD Tiga Hari Berturut-turut

Ringgit menamatkan kenaikan selama tiga hari berturut-turut untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis. Seorang pengalisis berkata, situasi itu berlaku berikutan ketidaktentuan berlanjutan mengenai sistem perbankan global.

Pada 6 petang, mata wang itu susut kepada 4.5005/5055 berbanding dolar AS berbanding 4.4810/4870 ketika ditutup pada Rabu.

Kata penganalisis itu lagi, pasaran pertukaran mata wang asing Asia terjejas akibat ketidaktentuan yang berpunca daripada kebimbangan terhadap tahap kewangan salah sebuah bank terbesar di dunia, Credit Suisse serta isu berterusan yang dihadapinya.

Ujarnya, pasaran ketika ini memberi tumpuan kepada sebarang kenyataan yang mungkin dikeluarkan oleh Rizab Persekutan AS (FED) mengenai dasar monetarinya dalam beberapa bulan akan datang.

Dalam pada itu, ringgit kebanyakannya diniagakan rendah berbanding beberapa mata wang utama yang lain.

Ringgit susut berbanding Pound British kepada 5.4330/4390 daripada 5.4292/4364 ketika ditutup pada Rabu. Matawang itu juga rendah berbanding Yen Jepun kepada 3.3866/3909 daripada 3.3405/3453.

Namun begitu, Ringgit meningkat berbanding Euro iaitu 4.7777/7830 daripada 4.7853/7917.

Selain itu, mata wang tempatan itu juga diniagakan rendah berbanding mata wang negara-negara Asean yang lain. Ringgit didapati lemah berbanding Bath Thailand iaitu 13.0737/0947 daripada 12.9415/9675 semalam. Ia juga susut berbanding Rupiah Indonesia kepada 292.30/292.90 daripada 291.20/291.80.

Ringgit juga turun berbanding Dolar Singapura kepada 3.3399/3438 daripada 3.3291/3341 pada Rabu dan rendah berbanding Peso Filipina kepada 8.20/8.21 daripada 8.15/8.17.

BACA: Amerika Dedah Detik Jet Rusia ‘Belanggar’ Dengan Dron Miliknya

Sumber: Bernama

The post Ringgit Ditutup Lebih Rendah Berbanding Dollar Hari Ini, RM 4.5005 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*