Pemenang Golden Globe, Hayao Mizaki Dengan Filem The Boy And The Heron

Pemenang Golden Globe, Hayao Mizaki Dengan Filem The Boy And The Heron

Juruanimasi legenda, Hayao Mizaki telah pertama kali memenangi Anugerah Golden Globe, pada usia 82 tahun, dengan filem animasi The Boy and the Heron.

Kejayaannya itu telah menandakan filemnya sebagai filem animasi pertama yang bukan berbahasa Inggeris yang telah memenangi anugerah itu.

Filem animasi itu dikatakan sebagai filem terakhir Hayao Mizaki, dan ia telah bertanding dengan filem keluaran Disney seperti Wish dan Elemental bagi kategori animasi.

Filemnya itu mengisahkan seorang budak lelaki yang bertemu dengan seekor bangau yang boleh bercakap setelah kehilangan ibunya dalam Perang Dunia Kedua.

The Boy and the Heron telah menggambarkan sedikit mengenai kisah hidup Hayao Mizaki. Seperti budak lelaki dalam filem itu, keluarganya sendiri turut dipindahkan ke luar bandar ketika perang itu berlaku.

Hayao Mizaki juga mempunyai pertalian yang kuat dengan ibunya sendiri yang dikatakan mempunyai pengaruh yang tinggi dalam penghasilam karyanya yang mempunyai watak-watak wanita yang kuat.

Anugerah The Golden Globe biasanya menjadi pendorong untuk Anugerah Oscars. Sebelum ini, filem miliknya iaitu, Spirited Away telah memenangi Anugerah Oscars dalam kategori yang sama.

Hayao Mizaki telah menghentikan persaraannya untuk menghasilkan The Boy and the Heron dan mengambil masa tujuh tahun untuk menghasilkannya.

Dia juga yang mengarah dan menulis skrip asal filem tersebut.

Filemnya dilaporkan beberapa kali untuk menjadi filem anime original untuk menempatkan tempat teratas dalam box office Amerika Utara setelah ia ditayangkan pada December lalu.

BACA JUGA: Legenda Bola Sepak Jerman, Franz Beckenbauer Meninggal Dunia

Ia mula ditayangkan pada bulan Jun yang lalu di Jepun dan telah menjadi tayangan pecah pangung di serata dunia dengan kutipan sebanyak 136 juta dolar (RM631,924,000.00).

Penerbit filem itu, Toshio Suzuki telah mengatakan bahawa ia merupakan antara filem termahal yang dihasilkan oleh Jepun.

Walaupun pembuat filem tersebut tidak hadir di Los Angeles untuk menerima anugerah itu, Toshio Suzuki berkata, “Ini adalah Anugerah Golden Globe pertama yang diberi kepada Studio Ghibli dan ia memberikan perasaan yang sangat istimewa,”

Selain daripada penerbit filem, Toshio Suzuki juga merupakan salah seorang daripada beberapa pengasas bersama Studio Ghibli di samping Hayao Mizaki.

“Sejak awal tahun ini, Jepun telah dilanda dengan tragedi gempa bumi dan beberapa kemalangan lain. Dalam keadaan yang begitu, saya harap berita kemenangan kami dapat mengukirkan senyuman kepada orang ramai,” tambahnya lagi.

Sumber: BBC

The post Pemenang Golden Globe, Hayao Mizaki Dengan Filem The Boy And The Heron appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*