Arwah Pergi Dalam Keadaan Mudah & Tenang – Ina Naim

suhaimi saad meninggal

Suhaimi Saad Meninggal: Arwah Pergi Dalam Keadaan Mudah & Tenang – Ina Naim

Isteri Allahyarham Mohd Suhaimi Saad, Nordiana Mohd Naim mengatakan suaminya meninggal dunia pada malam Rabu (tadi) dalam keadaan mudah di samping empat cahaya mata mereka dan dirinya, lapor Sinar Harian.

Nordiana atau lebih mesra dipanggil Ina, 39, berkata arwah yang juga merupakan bekas ahli kumpulan nasyid Inteam pulang ke rahmatullah dalam keadaan tenang.

Beliau turut mengatakan salah seorang daripada anaknya sempat mengajar arwah mengucap dua kalimah syahadah.

“Pemergiannya sangat mudah dan tenang di sisi saya dan anak-anak. Pesanan dia minta maaf kepada semua orang sebagaimana yang dia tulis dalam TikTok.

“Arwah meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru,” katanya.

Ina berkata demikian ketika ditemui pemberita di bilik mayat Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru pada malam ini.

Sebentar tadi media melaporkan Suhaimi telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.40 malam di hospital tersebut.

BACA: Kenali Allahyarham Suhaimi Saad, Mengenang Perjalanan Arwah Dalam Industri Nasyid

Perkhabaran sedih itu telah dikongsi oleh Presiden Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (Munsyid Malaysia), Razin Mestica menerusi akaun Facebook rasmi majlis itu.

Ina turut memaklumkan sebelum arwah dimasukkan ke dalam HSI pada tiga hari lepas, Suhaimi telah dimasukkan di Hospital Kota Tinggi pada Jumaat dan juga telah ditidurkan.

Jelasnya, keputusan untuk ditidurkan itu juga adalah permintaan dari suaminya sendiri.

“Dia ditidurkan atas permintaan arwah sendiri sebagai jalan terakhir. Sebelum ini arwah mula mengalami batuk teruk pada Ogos lalu sebelum kesihatannya bertambah merosot pada Oktober lalu. Berat badan juga turun sehingga 20 kilogram.

“Arwah meninggal pada usia 43 tahun. Masa arwah hidup, dia pernah cakap memang nak usianya hanya sampai 43 tahun. Tarikh lahir dia 12 Oktober dan masa itu dia sudah sakit,” ujarnya.

Untuk rekod, Suhaimi dan Ina telah mendirikan rumah tangga pada 12 Ogos 2007 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat anak iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, Sallman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadwah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9.

Sumber: Sinar Harian

The post Arwah Pergi Dalam Keadaan Mudah & Tenang – Ina Naim appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*