Pemikir Islam Tersohor, Mohd Kamal Hassan Meninggal Dunia

tan sri dr mohd kamal hassan meninggal dunia

Pemikir Islam Tersohor, Mohd Kamal Hassan Meninggal Dunia

Tokoh pemikir Islam terkemuka di Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan meninggal dunia pada Khamis.

Memetik Sinar Harian, Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 80 tahun.

Berita pemergiannya itu telah dimaklumkan sendiri oleh anaknya kepada Astro Awani.

Allahyarham dipercayai meninggal dunia akibat komplikasi daripada prosedur pembedahan.

Dalam pada itu, jenazah Allahyarham akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Bangi pada pagi ini.

Sumbangan dan pencapaian Allahyarham Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan

Allahyarham Mohd Kamal telah dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 26 Oktober 1942.

Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari Universiti Malaya pada tahun 1965 dan melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah di Columbia University, New York pada 1975.

Tokoh ini telah memulakan karier akademiknya di Universiti Kebangsaan Malaysia dan menjadi Ketua Jabatan Usuluddin dan Falsafah pada 1979.

Kemudian, beliau menyertai Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan mengasaskan Kulliyyah Ilmu Wahyu Islam dan Sains Kemanusiaan pada 1983. Pada tahun 1999, Allahyarham telah memegang jawatan Rektor dalam institusi tersebut sehingga 2006.

Bagi menghargai sumbangan beliau kepada negara, Allahyarham Mohd Kamal telah dipilih sebagai Rajah Ulung Negara pada 2017.

Selepas berkhidmat dalam bidang akademik selama 42 tahun, beliau meninggalkan UIAM pada 30 Julai 2018 dengan mendapat gelaran Professor Emeritus.

Bukan itu sahaja, beliau dinobat sebagai Profesor Ulung atas sumbangan bakti beliau dalam dunia akademik.

Allahyarham Mohd Kamal diamanahkan sebagai Rektor UIAM yang ketiga. Beliau turut berperanan sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (Lepai), sebuah lembaga ditubuhkan atas perkenan Majlis Raja-Raja.

Selain terlibat dalam dunia akademik, beliau turut dilantik sebagai pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada Februari tahun lepas.

Ketokohan beliau turut menjadikan dirinya sebagai tokoh ilmuan yang cukup disegani dan diiktiraf sehingga ke peringkat antarabangsa, khususnya dalam ilmu pemikiran Islam kontemporari.

Allahyarham juga merupakan penulis bagi buku Korupsi Dan Kemunafikan Dalam Politik Melayu: Perlunya Disegerakan Transformasi Moral-Etika.

BACA: Seakan Tahu Akan ‘Pergi’, Adik Zarif Peluk & Cium Jururawat Buat Kali Terakhir Sebelum Meninggal

Sumber: Sinar Harian & Astro Awani

The post Pemikir Islam Tersohor, Mohd Kamal Hassan Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*