Kajian Di UK Dedah Kerja Empat Hari Lebih Produktif

kerja empat hari UK

Kajian Di UK Dedah Kerja Empat Hari Lebih Produktif

Satu kajian yang dijalankan di United Kingdom mendedahkan bahawa kerja selama empat hari lebih produktif berbanding lima hari, lapor AFP.

Kajian tersebut telah dilakukan oleh kumpulan 4 Day Week Global bersama badan pemikir Autonomi, Universiti Cambridge dan Kolej Boston di Amerika Syarikat.

Kajian ini mula dilakukan dari Jun hingga Disember. Hasil eksperimen itu mendapati bekerja selama empat hari lebih produktif berbanding cara tradisional.

Susulan itu, lebih 6o firma di Britain telah mengambil bahagian dalam tempoh percubaan selama empat bulan. Ia melibatkan hampir 3,000 pekerja dengan bayaran gaji yang sama.

Dalam satu kenyataan, Ketua Penyelidik dan Profesor Boston College, Juliet Schor berkata, lebih sembilan daripada 10 syarikat firma akan meneruskan waktu bekerja itu.

“Hasil sebahagian besar firma menunjukkan impak positif meliputi seluruh tempat kerja dengan saiz yang berbeza. Inovasi ini memainkan peranan dalam pelbagai jenis organisasi,” katanya.

Tambahan lagi, pendapatan syarikat meningkat kepada 1.4 peratus secara purata sepanjang tempoh percubaan. Ia sekaligus melonjak kepada 35 peratus secara purata berbanding tahun yang sama dan dari tahun-tahun sebelumnya.

Selain itu, kadar ketidakhadiran pekerja juga menurun dengan kemasukan pekerja meningkat. Manakala jumlah kakitangan yang berhenti juga menurun secara mendadak.

BACA JUGA: Ramai Tak Tahu, Ini Fungsi “Grill” Di Bahagian Depan Kereta 

Sehubungan itu, penyelidik berpendapat bahawa keseluruhan kesihatan dan kesejahteraan pekerja bertambah baik. Ia dapat dilihat dari segi fizikal dan mental.

Oleh itu, kadar tekanan dan keletihan serta masalah tidur juga berkurangan, maklum kenyataan itu lagi,

Kerja Empat Hari UK Menunjukkan Impak Positif

Profesor dari Universiti Cambridge, Brendan Burchell sewaktu memberitahu AFP berkata inisiatif ini dapat membuatkan keadaan pekerja menjadi lebih baik.

“Dari segi kesihatan mental pekerja, ia bertambah baik. Mereka mendapat tidur yang cukup (lena) dan kurang letih.

“Namun, jika terdapat perubahan prestasi terhadap pekerja, mereka lebih cenderung menunjukkan peningkatan berbanding penurunan.

“Dan kami mendapat banyak respon gembira daripada orang ramai. Mereka menikmati tiga hari pada hujung minggu dan bukannya dua hari, katanya.

BACA JUGA: Giliran PayPal Umum Buang 2000 Pekerja, Masalah Ekonomi Global Tahun Ini Jadi Puncanya

Firma perunding alam sekitar UK, Tyler Grange merupakan antara 18 firma yang menggunakan waktu bekerja itu secara kekal.

Jurucakap Tyler Grange, Nathan Jenkinson berkata kepada AFP, semua pekerja kelihatan lebih ceria untuk datang ke tempat kerja.

“Pengalaman saya sangat-sangat positif. Kamu dapat melihat perubahannya pada setiap orang di tempat kerja. Mereka lebih bertenaga,” katanya.

Tambah syarikat itu, pendapatan firma semakin meningkat walaupun waktu bekerja dikurangkan. Pekerja mula memasuki pejabat pada hari Isnin setelah berehat selama tiga hari.

Bagaimanapun, Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak sewaktu ditanya mengenai dasar negara itu memaklumkan tiada ketetapan dibuat mengenai langkah tersebut.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kajian berhubung waktu bekerja selama empat hari semakin popular di seluruh dunia. Ia selepas majikan mula meneroka fleksibiliti pasca pandemik.

Perkara itu termasuk konsep bekerja secara hibrid yang membolehkan pekerja bekerja dari rumah.

Antara negara yang menjalankan eksperimen ini termasuklah di seluruh Eropah, Amerika Syarikat. Kanada, Australia dan New Zealand.

Sumber: AFP via Digital Journal 

The post Kajian Di UK Dedah Kerja Empat Hari Lebih Produktif appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*