Tunku Mahkota Ismail Perkenan Kurniakan Rumput Baharu Kepada Stadium Nasional Bukit Jalil

Tunku Mahkota Ismail Perkenan Kurniakan Rumput Baharu Kepada Stadium Nasional Bukit Jalil

Menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor di atas kurniaan rumput jenis hibrid kepada Stadium Nasional Bukit Jalil

rumput stadium nasional bukit jalil
Sumber : BERNAMA

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menyembah takzim dan menjunjung kasih atas  kurniaan Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan  Ibrahim, serta menyatakan iltizam untuk terus komited bagi menguruskan sebuah  padang pelbagai guna yang berdaya tahan dan fleksibel untuk acara sukan dan bukan sukan. 

Seperti titah Baginda, rumput Zeon Zoysia yang telah dikurniakan kepada Stadium  Nasional sebelum ini akan dibuka dan dipasang di padang Majlis Sukan Negara, KL Sports City. 

PSM sekali lagi menyatakan rasa sukacita yang tidak terhingga dan menjunjung tinggi  kurniaan berpanjangan serta pertimbangan dan kebijaksanaan DYAM Tunku dalam  menasihati PSM dalam mendepani segala cabaran mendatang. Buat masa ini, PSM akan bekerja rapat dengan pihak pengurusan Stadium Larkin dalam rangka menerima rumput hibrid ini. 

The post Tunku Mahkota Ismail Perkenan Kurniakan Rumput Baharu Kepada Stadium Nasional Bukit Jalil appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*