Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

chef kongsi resipi

Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Ramai orang pada masa ini lebih tertarik untuk menjadi pencipta kandungan di media sosial dan menjadi popular seperti beberapa pencipta kandungan yang ternama. 

Menjadi pencipta kandungan yang popular dan unik bukanlah mudah, ini kerana idea yang menarik menjadi kunci utama kepada menarik tontonan pengguna

Salah seorang pencipta kandungan yang berjaya mencipta nama adalah seorang Chef berbangsa India yang bernama Chef Dave telah berjaya mencuri perhatian ramai.  

Beliau telah berjaya menarik perhatian netizen dengan kandungan yang unik dan menarik dalam berkongsi pelbagai resepi menarik. Terutamanya pelbagai jenis masakan India tetapi dalam versi vegetarian dan sihat. 

Terbaru, Chef Dave telah membuat kandungan unik drama pendek dengan selingan berkongsi resepi makanan India di laman YouTube miliknya. 

Perkongsian yang menarik mengimbau nostalgia itu sekaligus telah berjaya menarik perhatian ramai. Setakat artikel ini ditulis, Chef Dave telah mengeluarkan sehingga 11 episod Paati Veedu dengan pelbagai jenis resipi. Antaranya resipi Chittu Urundhai, Pudina Murukku, Chocolate Velvet Cake, Vegan Fish Cutlet dan banyak lagi.

Kalau korang sendiri nak cuba resipi yang dikongsikan oleh Chef Dave dalam setiap episod pun boleh kerana resipi turut disertakan pada setiap video. Salah satunya seperti video di bawah ini.

Walaupun ada sehingga 15 episod, min pasti korang tak kan sempat rasa bosan sebab jalan cerita yang diketengahkan oleh Chef Dave sangat menarik dan dipenuhi dengan plot twist. Kalau korang tak percaya, kena ikuti setiap episod Paati Veedu ini.

Berjaya tarik perhatian MYDIN, bakal bekerjasama dalam kempen Deepavali

Keunikan hasil kreativiti chef ni bukan sahaja berjaya mencuri perhatian netizen, malah beliau juga telah berjaya menarik perhatian daripada pihak MYDIN. 

Chef Dave telah terpilih menjadi salah seorang daripada individu penting dalam memeriahkan kempen perayaan sambutan Deepavali yang bakal dijalankan oleh MYDIN pada tahun ini. 

Chef Dave dipilih bagi melancarkan video masakan vegetarian 15 hari 15 resepi bernama ‘Paati Veedu’. Ia bagi mempromosikan keunikan dan keenakan masakan tradisi masyarakat India. 

chef kongsi resipi

Apa yang lebih menarik adalah kesemua barangan untuk 15 resipi tersebut dibuat menggunakan produk Trichy.

Promosi ini akan berlangsung selama 12 hari bermula dari 2 November sehingga 13 November 2023 ini. 

Kempen yang dinamakan ‘Warna Warni Deepavali ini turut menawarkan pelbagai promosi keperluan perayaan Deepavali dan aktiviti menarik di MYDIN. 

Antara aktiviti yang telah diadakan adalah roadshow ‘Bombay Bazaar’, di mana ia akan menawarkan pelbagai promosi makanan dan pakaian tradisional masyarakat India. 

Selain itu, terdapat juga persembahan kebudayaan dan muzik serta dekorasi hiasan ‘kolam’ yang menarik bakal dipersembahkan kepada para pelanggan MYDIN. 

MYDIN turut bekerjasama dengan rakan e-dompet, MCash bagi menawarkan pulangan tunai sebanyak RM10 bagi pengguna MCash yang berbelanja RM100 di dalam satu resit.

500 bakul Rahmah akan disumbangkan kepada masyarakat India yang memerlukan

Dalam pada itu, MYDIN menerusi program tanggungjawab sosial korporat MYDIN Prihatin pula turut akan memberikan sebanyak 500 bakul Rahmah. Pemberian bakul Rahmah itu menyasarkan masyarakat India yang memerlukan.

Dengan setiap pembelian produk terpilih bagi beberapa jenama terpilih. Sejumlah sumbangan akan disalurkan ke dana MYDIN Prihatin dan kemudian ia juga akan disampaikan kepada rumah kebajikan terpilih. 

Pemberian sumbangan itu akan diberikan secara berperingkat kepada keluarga masyarakat India di Subang Jaya dan PPR Desa Mentari.

Selain itu, beberapa lokasi lain adalah di Taman Medan (Selangor), Seremban (Negeri Sembilan), MITC (Melaka) dan Kulai (Johor).

Untuk makluman, kempen ini berlangsung sehingga 30 November 2023 dan maklumat lanjut berkenaan kempen ini boleh dilayari di laman media sosial MYDIN atau klik di sini

https://www.youtube.com/watch?v=FPym1IgDg98&t=337s

The post Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*