Pemilik Restoran Tukdin Flavours Of Malaysia Di London Meninggal Dunia

Tukdin Flavours of Malaysia

Pemilik Restoran Tukdin Flavours Of Malaysia Di London Meninggal Dunia

Zainuddin Yahaya, pemilik restoran Tukdin Flavours of Malaysia di London, United Kingdom (UK) dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu, lapor Astro Awani.

Allahyarham yang mesra disapa sebagai Tuk Din menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 9.40 pagi waktu London pada usia 70 tahun.

Zahara Othman teman rapat Allahyarham turut berkongsi berkenaan berita sedih itu di laman Facebook miliknya.

“Ya Allah, ampunilah dosanya, tempatkanlah Tuk Din bersama yang soleh dan beriman.

“Ya Allah berilah ketenangan dan kesabaran kepada keluarga dan kawan-kawan yang sangat menyayanginya,” tulis Zaharah dalam kemas kini tersebut hari ini.

Sementara itu, berita pemergian Tuk Din itu turut mendapat perhatian Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini.

Beliau turut menzahirkan ucapan takziahnya atas pemergian Tuk Din menerusi muat naik hantaran di Facebook miliknya.

“Bagi semua yang pernah menetap dan mengunjungi UK, nama Tuk Din sangatlah tidak asing kerana Tuk Din merupakan pengusaha restoran cita rasa Malaysia, TukDin Flavours of Malaysia berhampiran Paddington Station, London.

“Bagi pelajar-pelajar Malaysia, di restoran Tuk Din lah selalu dikunjungi apabila hendak melepaskan rindu masakan Malaysia.

“Pemergiannya tentu akan dirasai oleh warga Malaysia di UK,” tulis Azuan. 

Awal Mei lalu, Tuk Din dikatakan telah dimasukkan ke hospital dan dirawat di ICU

Terdahulu, Tukdin Flavours of Malaysia pada awal Mei lalu memaklumkan di Facebook bahawa Tuk Din sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana masalah kesihatan.

Terbaru pada Jumaat lalu, menerusi hantaran di InstaStory Tukdin Flavours of Malaysia menjelaskan bahawa keadaan Tuk Din semakin tenat. Doktor memaklumkan bahawa Tuk Din mempunyai peluang tipis untuk bertahan lebih lama.

BACA: Penerbangan Digantung Selama 12 Jam Ekoran Penampakan UFO Di Tenggara Turkiye

Allahyarham telah mengusahakan Tukdin Flavours of Malaysia sejak lebih 13 tahun yang lalu di London. Hidangan Malaysia telah menjadi inspirasi utama restoran itu sejak ia mula ditubuhkan.

Sumber: Astro Awani

The post Pemilik Restoran Tukdin Flavours Of Malaysia Di London Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*