Peminat Arsenal Cadangkan Cara Baru Tentukan Kejuaraan EPL

arsenal cara baru juara EPL

Peminat Arsenal Cadangkan Cara Baru Tentukan Juara EPL

Saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) semakin tiba di penghujungnya, namun pemburuan untuk menentukan kelab manakah yang bakal ditabalkan sebagai juara nampaknya semakin sengit.

Setelah sekian lama merajai takhta, Arsenal kelihatan seolah-olah kehabisan gas untuk memecut di saat akhir. Manakala, Manchester City berjaya memintas ‘tang koner’ untuk sekali lagi menjadi juara.

Berbaki beberapa perlawanan lagi, City selaku penyandang juara terus menampilkan prestasi konsisten yang luar biasa. Ia dapat dilihat menerusi penyerang berbisa, Erling Haaland yang berjaya menjaringkan 33 gol EPL setakat ini.

Manakala Arsenal, selepas perlawanan demi perlawanan yang menakjubkan, mula serba-serbi tidak kena. Semuanya berawal daripada keputusan seri ketika bertemu Liverpool di Anfield.

Dua keputusan seri selepas itu, memberi laluan mudah untuk City kembali ke puncak, mendahului liga dengan 76 mata, berbaki satu perlawanan dalam tangan.

Ketika bayang trofi seolah-olah semakin kabur, seorang peminat Arsenal tampil mengemukakan idea menarik iaitu cara baru bagaimana juara EPL selayaknya ditentukan.

Ketepikan jumlah mata yang dikumpul, perbezaan jaringan dan jumlah kemenangan yang diraih, juara sepatutnya turut mengambil kira berapa lama kelab itu berada di takhta liga, menurutnya.

Tak adil, City jadi juara padahal Arsenal lama jadi pendahulu liga

Berdasarkan tweet yang menjadi viral, peminat tersebut merasakan ‘tidak adil’ untuk kejuaraan EPL dirampas daripada Arsenal setelah hampir sepanjang tahun memimpin liga.

Menurut rekod, Arsenal menghuni tangga teratas EPL selama 247 hari, manakala City hanya berada di posisi itu selama 14 hari sahaja setakat ini.

Arsenal menghabiskan banyak masa selaku pendahulu liga dan ia perlu diambil kira dalam penentuan juara.

”Ini yang saya maksudkan. City mungkin ditabal sebagai ‘juara’ walaupun mereka cuma hanya berada di persada liga untuk seketika.

”Kita perlu melihat semula bagaimana sistem liga ini menentukan juara, kerana ada pasukan bakal kecewa dengan sistem kuno 38 perlawanan ini,” katanya.

Idea pembaharuan peminat Arsenal tersebut bagaimanapun tidak disetujui oleh banyak pihak.

Berdasarkan reply pada tweetnya, mereka berpendapat sistem mata berdasarkan 38 perlawanan adalah lebih adil. Kata mereka, kelab yang mengumpul paling banyak mata selepas semua perlawanan dimainkan layak bergelar juara.

Peminat Arsenal itu seterusnya mencadangkan sistem mata yang digunapakai dalam sukan lain diserap masuk dalam sukan bola sepak.

”Ragbi ada sistem 2 mata konversyen, kriket ada sistem 1-6, NFL ada kickers, bola keranjang ada sistem 2’s dan 3’s.

”Tetapi kenapa bola sepak hanya tentang 1 gol atau tiada apa-apa. Sepatutnya penguasaan bola, skill yang ditunjukkan juga diambil kira. Apapun ini cuma idea sahaja,” katanya.

BACA: Tular Tunjuk Kad Kuasa, PDRM Sahkan Pemandu Honda City Adalah Polis Bantuan

Sumber: Sport Brief

The post Peminat Arsenal Cadangkan Cara Baru Tentukan Kejuaraan EPL appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*