Pemindahan Dan Penghantaran Barang Dengan Maxim E-hailing

Perkhidmatan penghantaran barang tidak asing lagi di Malaysia. Ianya menjadi permintaan harian dari pengguna termasuklah penghantaran barangan besar seperti perabot, perkakas elektrik, barang rumah dan khidmat pindah rumah. Kemudahan ini dapat memudahkan pengguna dan secara tidak langsung membantu menjimatkan kos, ini kerana cas tambang melalui aplikasi Maxim E-hailing sangat berbaloi.

Kapasiti cargo bergantung kepada keperluan barang serta situasi, dengan berat 250 kg untuk kenderaan kecil sedikit seperti trak dan berat 1 tan untuk kenderaan yang lebih besar. Ianya juga bergantung kepada peperluan pengguna, selalunya mereka lebih suka menggunakan mini lori atau pikap kerana ruang yang lebih besar dan mudah untuk menaikan barang.

Selalunya ketika proses pemindahan rumah berlaku, kebanyakan barang merupakan jenis besar seperti perabot, kabinet dan pelbagai lagi. Kesemua ini memerlukan jenis kenderaan yang besar seperti lori bagi memudhakn proses dan kini Maxim E-hailing telah menjadi salah satu pilihan kerena pekhidmatan yang cekap, penghantaran terus dan harga mesra ekonomi.

Kos tempahan pula bermula dari RM30. Sekiranya memerlukan tenaga kerja untuk mengangkat barang, ianya boleh ditambah melalui aplikasi.

Tidak terkecuali sekiranya pengguna memerlukan perkhidmatan menghantar barangan atau hadiah yang melebihi saiz untuk di bawa menggunakan kenderaan kecil, kini hanya perlu membuat tempahan cargo di aplikasi. Pembelian barang di kedai juga boleh menggunakan faedah ini, kerana selalunya penghantaran barangan besar akan di caj sebagai tambahan kos di kedai-kedai dan kini anda boleh jimat dengan menggunakan Maxim E-hailing cargo yang menawarkan harga berpatutan.

Tambahan juga, perkhidmatan ini merupakan penghantaran terus dari lokasi ke destinasi tanpa ada hentian di mana-mana. Pengguna dapat menjimatkan masa dan tidak perlu tunggu lama.

Penghantaran barang besar menjadi lebih terkenal dan keperluan di banyak bandar, dengan ini Maxim E-hailing berusaha untuk menyediakan di bandar-bandar seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

The post Pemindahan Dan Penghantaran Barang Dengan Maxim E-hailing appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*