Pengasas Misi Sumbangan Adik Naail Jelaskan Langkah Seterusnya Lepas Berjaya Kumpul 9 Juta

Naail 9 juta

Pengasas Misi Sumbangan Adik Naail Jelaskan Langkah Seterusnya Lepas Berjaya Kumpul 9 Juta

Hasil kerjasama rakyat Malaysia yang prihatin, tabung misi kutipan dana sebanyak RM 9 juta bayi Naail akhirnya berjaya dikumpul.

Misi yang dimulakan pada 13 April yang lalu berjaya mengutip sebanyak RM 9 juta kurang daripada tempoh sebulan ia dilancarkan.

Kutipan itu dibuat bagi membantu seorang bayi berusia 10 bulan, Wan Muhammad Naail Wan Aslam yang menghidap penyakit jarang jumpa, Spinal Muscular Athropy (SMA) Type 1.

Bayi Naail perlu mendapatkan suntikan ubat jenis Gene Therapy Zolgensma yang bernilai RM9.28 juta untuk sekali seumur hidup. Suntikan bagi menghentikan proses kemerosotan fungsi otot yang terjejas akibat penyakit itu.

Selepas berhasilnya misi kutipan sumbangan ini, pengasas tabung menerusi TikTok @foundermisi telah memberikan penjelasan berkenaan beberapa perkara.

Perkara pertama yang disentuh ialah berkenaan langkah seterusnya selepas selesai kutipan itu dibuat.

Menurutnya, bapa Naail telah berhubung dengan foundermisi untuk meminta dua surat yang perlu diberikan kepada hospital dan pihak Novatif tersebut.

Novatis merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk membawa ubat Gene Therapy Zolgensma ke Malaysia.

Pihak hospital pula akan membuat pengesahan berkenaan ubat tersebut dan seterusnya suntik ubat tersebut.

Proses ini dipercayai bakal mengambil masa selama sebulan untuk ubat sampai sebelum suntikan dibuat.

Perkara yang kedua adalah berkenaan netizen yang minta untuk tidak mempamerkan nilai sumbangan individu yang memberikan sumbangan mereka.

Permintaan ini dibuat selepas, foundermisi membuat satu muat naik video yang menunjukkan beberapa usahawan yang memberikan sumbangan dana yang banyak.

BACA: Sumbangan RM9 Juta Buat Bayi Naail Berjaya Dikumpul

Tarik perhatian usahawan untuk tular

Foundermisi juga berkata bahawa orang ramai yang memberi sumbangan agar tidak berkecil hati. Muat naik tersebut adalah bertujuan untuk menarik perhatian agar ia tular dan seterusnya menarik minat usahawan yang lain.

Apabila ramai usahawan mula tertarik, maka mereka akan membuat sumbangan dan mempercepatkan lagi misi kutipan sumbangan.

Sebelum ini, usahawan yang membuat sumbangan mungkin tidak dapat melihat proses kutipan dana kerana ia dijalankan oleh pihak NGO.

Namun pada kali ini, kutipan dibuat dengan lebih telus masuk ke dalam tabung kutipan tanpa sebarang bayaran operasi daripada penganjur kutipan tabung sumbangan.

Katanya lagi, penglibatan usahawan ini juga untuk membuka mata rakyat bahawa orang kaya dan usahawan juga mengeluarkan harta mereka untuk disumbangkan.

“Semua sumbangan ini adalah penglibatan semua rakyat Malaysia,” kata pengasas tabung itu menerusi video TikTok berkenaan.

Misi kutipan sumbangan ini telah menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sangat bersatu hati dalam membantu insan yang memerlukan. Syabas rakyat Malayisa.

@foundermisi

♬ original sound – Founder Misi – Founder Misi

Sumber: TikTok via @foundermisi

The post Pengasas Misi Sumbangan Adik Naail Jelaskan Langkah Seterusnya Lepas Berjaya Kumpul 9 Juta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*