Polis Berkas Pasangan Suami Isteri Disyaki Terlibat Kes Letupan Di Pandan Indah

Polis Berkas Pasangan Suami Isteri Disyaki Terlibat Kes Letupan Di Pandan Indah

Polis berjaya memberkas pasangan suami isteri yang disyaki sebagai suspek dalam kejadian letupan di Pandan Indah pada Khamis lalu, lapor Sinar Harian.

Kedua-dua suspek tersebut berjaya diberkas oleh polis di sebuah rumah di Kedah pada tengah malam tadi.

Kedua-dua suspek dilaporkan telah dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang oleh pasukan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi mendapatkan waran perintah tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan.

Kejadian yang berlaku pada 29 Disember lalu telah menyebabkan mangsa berusia 28 tahun maut selepas mangsa cuba mengambil bungkusan yang diletakkan di atas bonet keretanya sebelum meletup di hadapan sebuah restoran tempat kerja mangsa.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Siasatan awal polis mendapati mangsa telah melihat satu bungkusan diletakkan di bonet kereta miliknya jenis Toyota Corolla Altis sebelum bertindak memegangnya lalu meletup.

Mangsa telah dikejarkan ke Hospital ampang oleh orang awam bagi mendapatkan rawatan berikutan alami kecederaan parah di badan dan tangan kesan daripada letupan berkenaan.

Mangsa kemudiannya disahkan telah meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan pada jam 9.45 malam.

Menurut polis, mereka turut menemui beberapa objek yang dipercayai bahan letupan yang digunakan oleh suspek berhampiran dengan lokasi kejadian. Polis juga dilaporkan masih menjalankan siasatan berkenaan penemuan tersebut.

Kes tersebut sedang disiasat berdasarkan Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Sinar Harian

The post Polis Berkas Pasangan Suami Isteri Disyaki Terlibat Kes Letupan Di Pandan Indah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*