Pendakwa Raya Perancis Buka Siasatan Kes Rogol Libat Pemain PSG Achraf Hakimi

rogol psg hakimi

Pendakwa Raya Perancis Buka Siasatan Kes Rogol Libat Pemain PSG Achraf Hakimi

Pendakwa raya Perancis dilapor bakal menjalankan siasatan mengenai dakwaan kes rogol pemain pertahanan Paris Saint-Germain (PSG) Achraf Hakimi, pada Isnin, lapor CNA.

Seorang wanita berusia 24 tahun mendakwa pemain antarabangsa Morocco itu merogolnya di rumahnya yang terletak di pinggir bandar Paris pada 25 Februari lalu.

Menurut akhbar Perancis Le Perisien, mangsa melaporkan kejadian itu di balai polis pada Ahad namun tidak memfailkan pertuduhan terhadapnya.

Pejabat pendakwa raya yang mengendalikan kes tersebut di Nanterre enggan mengulas mengenai perkara itu.

Namun beliau sempat memaklumkan kepada AFP bahawa maklumat yang telah didedahkan kepada umum dalam media, melemahkan siasatan yang diperlukan untuk mengetahui kebenarannya.

Sebelum ini, Hakimi merupakan sebahagian daripada pasukan Morocco yang menduduki tempat keempat dalam Piala Dunia 2022 di Qatar.

Dinamakan dalam Pasukan Lelaki FIFPro

Semalam, beliau dilaporkan menghadiri majlis Anugerah Terbaik FIFA di Paris, di mana Hakimi disenaraikan dalam Pasukan Dunia Lelaki FIFPro pada tahun ini.

Bersama-sama beliau yang mengambil anugerah itu ialah rakan sepasukan dan karibnya di PSG, Kylian Mbappe.

Imbas kembali, Perancis yang merupakan pasukan antarabangsa Mbappe ‘menamatkan’ perjalanan Morocco untuk mendapat tiga teratas di Piala Dunia.

Walaupun begitu, Hakimi tetap menyebut mengenai persahabatan mereka semasa ucapan anugerah tersebut.

“Kami dua lelaki muda yang mempunyai minat yang sama, kami bercakap tentang muzik, permainan video dan pergi ke restoran bersama-sama,” katanya kepada pemberita Le Parisien.

Ketika saingan Piala Dunia, anak kelahiran Madrid itu menjaringkan gol penalti 3-0 ke atas Sepanyol yang membolehkan Morocco mara ke pusingan separuh akhir.

Disebabkan itu, Morocco menjadi negara pertama dari benua Arab yang berjaya mara ke peringkat empat terakhir di Piala Dunia.

Sebelum ini, aksi bintang popular itu mencuri tumpuan ramai, kerana meraikan kemenangan ke atas Sepanyol dengan mencium ibunya yang berada di stadium.

Hakimi dengan pantas meraikan jaringan itu bersama ibunya yang berada di kerusi penonton pada perlawanan di hari tersebut.

“Ibu saya membersihkan rumah dan bapa saya adalah peniaga jalanan. Kami berasal dari keluarga sederhana yang bersusah payah mencari rezeki.

“Hari ini saya berjuang untuk ibu bapa saya. Mereka banyak berkorban untuk saya,” kata Hakimi sebelum ini melalui Bundesliga.

Sumber: AFP via CNA

BACA: Berjaya Benam 2-0, Aksi Bintang Maghribi Cium Dahi Ibu Raikan Kemenangan Curi Tumpuan Dunia

The post Pendakwa Raya Perancis Buka Siasatan Kes Rogol Libat Pemain PSG Achraf Hakimi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*