Pendakwah selebriti ditahan, disyaki lakukan amang seksual terhadap beberapa remaja lelaki bawah umur

Seorang selebriti lelaki direman selama enam hari untuk membantu siasatan kes amang seksual fizikal terhadap beberapa remaja lelaki bawah umur, lapor Harian Metro.

Suspek berusia 40-an ditahan polis semalam susulan perbuatannya terbongkar selepas beberapa mangsanya tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

Sumber Harian Metro berkata, suspek mengenali kesemua mangsanya dan memujuk mereka melakukan perbuatan yang tidak senonoh itu sehingga ada mangsa yang trauma lalu membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed mengesahkan penahanan selebriti terbabit dan pihaknya sedang menjalankan siasatan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Menurut laporan portal Boom, suspek juga merupakan pendakwah selebriti dan aktif berlakon.

Berdasarkan ‘hint’ yang sedang tersebar luas di media sosial mengatakan suspek seorang penceramah bebas, pengacara dan pelakon lelaki (watak beri nasihat), serta pernah memenangi program berkaitan ummah dalam karriernya.

BACA: (Video) ‘Tangkap! Tangkap! Jangan kasi lepas dia!’ – Wanita ditahan mencuri barang pasar raya bernilai RM952

Sumber: Harian Metro, Boom, Twitter

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*