Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) – Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis apabila mata wang Amerika Syarikat (AS) itu mengukuh susulan minit mesyuarat terbaharu daripada mesyuarat Rizab Persekutuan AS (Fed) membayangkan kemungkinan kenaikan lagi kadar faedah di negara itu.

Pada 6 petang, unit tempatan menyusut kepada 4.6580/6630 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6485/6555 pada Rabu.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata minit mesyuarat dasar Fed memberi penekanan kepada kenaikan kadar yang mana menjadi pemangkin kepada pengukuhan seterusnya dolar AS.

Sementara itu, Jawatankuasa Dasar Monetari (BNM) Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan keputusan untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus. Bank pusat berkata ekonomi Malaysia terus berkembang apabila pendapatan dan pekerjaan kekal positif dan akan terus menyokong perbelanjaan isi rumah.

Innes berkata, memandangkan BNM mengekalkan kadar menjelang jangkaan pengumuman kenaikan kadar oleh Fed pada Julai ini, ia meluaskan jangkaan kadar faedah antara dolar AS dan ringgit.

“Ujian utama seterusnya bagi ringgit adalah data senarai gaji bukan ladang AS yang dijadual diumumkan pada Jumaat, terutamanya dalam suasana dasar AS yang reaktif,” katanya kepada Bernama

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain kecuali berbanding euro yang mana ia meningkat kepada 5.0600/0654 daripada paras penutup 5.0641/0717 pada Rabu.

Unit tempatan turun berbanding yen Jepun kepada 3.2323/2359 daripada 3.2221/2272 dan susut berbanding/pound Britain kepada 5 9310/9374 daripada 5 9101/9190.

Ringgit diniagakan bercampur campur berbanding mata wang negara Asean lain

Unit/tempatan meningkat berbanding baht Thai kepada 13.2881/3088 daripada 13.3237/3510 pada Rabu dan naik berbanding rupiah indonesia kepada 309.3/309.8 daripada 309.4/310.1.

Bagaimanapun, ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.4458/4497 daripada 4.4880/4577 dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.39/8.40 daripada 8.39/8.41.

BACA: Nak Padam Akan Threads? Kena Padam Akaun Instagram Dulu Baru Boleh

Sumber: Bernama

The post Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*