Pendeposit Tabung Haji Dinasihat Kemas Kini Maklumat Akaun Sebelum 1 Oktober

kemas kini maklumat tabung haji

Pendeposit Tabung Haji Dinasihat Kemas Kini Maklumat Akaun Sebelum 1 Oktober

Tabung Haji (TH) menasihati para pendeposit untuk mengemas kini maklumat akaun TH sebelum 1 Oktober 2023 bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Perkara ini telah dimaklumkan oleh pihak TH menerusi hantaran di Facebook rasminya (Tabung Haji) pada 7 Ogos 2023.

Difahamkan, pendeposit yang gagal berbuat demikian kemungkinan akan berdepan dengan kesulitan semasa melakukan transaksi pada masa yang akan datang.

Jelasnya, transaksi pendeposit juga akan disekat jika mereka gagal berbuat demikian dalam tempoh masa yang ditetapkan.

“Pendeposit yang masih tidak mengemas kini maklumat peribadi, transaksi anda akan disekat.”

Antara urusan yang bakal disekat adalah seperti urusan pengeluaran simpanan, pendaftaran haji, semakan penyata dan lain-lain lagi.

Menurut TH, para pendeposit boleh mengemas kini maklumat peribadi mereka menerusi dua platform, iaitu secara atas talian ataupun bersemuka dengan staf TH.

“Kemaskini boleh dilakukan di THiJARI (aplikasi Tabung Haji) atau Pejabat Cawangan TH yang berhampiran anda.”

Pada akhir kenyataannya, pihak TH menyeru orang ramai untuk mengemaskini masklumat akaun masing-masing bagi menjalani urusan pada masa akan datang dengan lancar.

“Kemas kini maklumat akaun TH anda sekarang bagi melancarkan urusan anda di Tabung Haji,”

Bagi sesiapa yang ingin mengajukan soalan atau meminta bantuan, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan Tabung Haji pada talian 03-6207 1919.

Tabung Haji Beri Amaran ‘Scammer’, Jangan Percaya 3 Perkara Ni Bila Dapat ‘Call’

Berdasarkan laporan terdahulu, TH tidak pernah melantik mana-mana individu atau pihak ketiga untuk menawarkan sebarang bantuan dana bagi permohonan rayuan musim haji 1444H/2023M melalui panggilan atau pesanan ringkas.

Oleh itu, pendeposit TH dinasihati untuk sentiasa berhati-hati dengan panggilan atau pesanan ringkas daripada nombor tidak dikenali.

Khususnya, apabila pemanggil meminta maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH. Perkara ini juga digunapakai ketika berurusan dengan bank lain.

Akhir sekali, jika anda merasa musykil mengenai sesuatu, anda boleh terus merujuk pihak yang sepatutnya. Kita juga perlu melindungi golongan yang mudah terdedah kepada penipuan atas talian seperti warga emas.

BACA: Guna Tapak “Mug”, Cara Mudah Nak Tajamkan Pisau Dapur Kalau Tak Ada Batu Asah

Sumber: Tabung Haji via Facebook

The post Pendeposit Tabung Haji Dinasihat Kemas Kini Maklumat Akaun Sebelum 1 Oktober appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*