Amirudin Yakin PHBN Menang Majoriti 2/3 DUN Selangor

Amirudin menang phbn

Amirudin Yakin PHBN Menang Majoriti 2/3 DUN Selangor

Sabtu ini, seperti semua sedia maklum enam negeri di Semenanjung Malaysia akan melaksanakan tanggungjawab dalam Pilihan Raya Negeri (PRN). Enam negeri tersebut ialah Selangor, Kedah, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan dan Pulau Pinang.

PRN kali ini bakal menyaksikan pertembungan kali pertama dua koalisi besar parti politik negara. Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PHBN) menentang Perikatan Nasional (PN) yang terdiri daripada parti Bersatu, PAS dan Gerakan.

Walaupun dua gabungan ini mendapat perhatian khusus. Namun, tidak dilupa parti Malaysian United Democratic Alliance (MUDA) yang mengumumkan menjadi kuasa ketiga dalam PRN kali ini, tidak bersama PHBN dan tidak dilupa juga beberapa calon bebas di beberapa DUN.

Negeri yang paling mendapat tumpuan dalam PRN kali ini adalah di Negeri Selangor. Semua sedia maklum Selangor adalah hub ekonomi terbesar di Malaysia dan menjadi penyumbang terbesar dalam KDNK negara.

Semalam, calon DUN Sungai Tua yang juga penyandang jawatan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari hadir ke program bual bicara Keluar Sekejap. Podcast ini dipengacarakan oleh dua figura politik popular negara iaitu Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan.

Amirudin Yakin PHBN Menang 2/3 Majoriti

Di penghujung podcast tersebut, Shahril bertanyakan kepada Amirudin berapa jangkaan kerusi bakal dimenangi PH dalam PRN akan datang. Amirudin menjawab dengan yakin 38atau 39 kerusi daripada 56 kerusi di DUN Selangor.

Ini bermakna, Amirudin yakin akan mengekal majoriti 2/3 di DUN Selangor milik PHBN. Ditanya pula jangkaan kerusi yang akan dimenangi BN Selangor daripada 12 kerusi yang diberikan. Amirudin menjawab dengan yakin sekali lagi BN Selangor akan memenangi maksimum tujuh kerusi di DUN tersebut.

Selamat mengundi kepada semua pengundi di enam negeri yang terlibat. Jalankan tanggungjawab sebagai rakyat untuk melaksanakan sistem demokrasi berpelembagaan di Malaysia ini. Walaupun berbeza pendapat dan fahaman politik kita sedang menuju ke destinasi yang sama.

Peliharalah keamanan ini kerana Malaysia dihuni oleh pelbagai agama dan bangsa. Hormati hak masing-masing, jangan gadaikan kedamaian ini hanya kerana mahu memenuhi kehendak diri sendiri.

@khairykj

♬ original sound – Khairykj – Khairykj

BACA: Cadangan Kekal MB Selangor, Perlu Diterjemah Kemenangan Dalam PRN – Amirudin

Sumber: KhairyKJ

The post Amirudin Yakin PHBN Menang Majoriti 2/3 DUN Selangor appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*