Penduduk Kampung Jana Pendapatan Lebih RM13K Sebulan Jual Cicak Tokek

cicak tokek

Penduduk Kampung Jana Pendapatan Lebih RM13K Sebulan Jual Cicak Tokek

Penduduk kampung di Thailand dilaporkan mampu menjana pendapatan lumayan pada musim panas daripada aktiviti memproses dan menjual cicak tokek, lapor The Thaiger.

Penduduk kampung di Ban Tal di wilayah timur laut Nakhon Phanom, dilaporkan berjaya menjana pendapatan sekitar USD2,860 (RM13,374) sebulan.

Ekoran mendapat pulangan yang lumayan, penduduk di daerah Nah Wah itu dikatakan tidak melepaskan peluang untuk menangkap amfibia yang banyak ketika cuaca panas.

Kampung Ban Tal Thai cukup dikenali dengan pekerjaan bermusim yang unik. Mereka dikatakan bergantung pada hasil jualan cicak tokek yang lumayan selama lebih 30 tahun.

Setiap musim panas dari Mac hingga Julai, penduduk kampung akan menangkap tokek dan menjualnya kepada kumpulan pemprosesan, lapor Sanook.

Cicak tokek itu kemudiannya dikeringkan dan dieksport ke China, di mana ia dipercayai sebagai ramuan dalam perubatan tradisional China.

Mendapat permintaan yang tinggi dari pasaran di China

Permintaan yang tinggi ini telah memberikan pendapatan yang besar kepada sesetengah keluarga. Malah mereka dipercayai mampu memperolehi sehingga ratusan ribu baht sebulan hasil daripada jualan tokek tersebut.

Sawai, 55, merupakan salah seorang pengeksport cicak tokek dari Ban Tal, telah berkongsi proses penyediaan dan penjualan tokek tersebut.

Menurutnya, penyediaan termasuk membuang isi perut, pastikan kulit tokek itu tidak terkoyak dan meletakkannya di atas kayu untuk kering semalaman.

Tokek yang diproses kemudiannya dieksport ke China, malah permintaan produk itu dikatakan sangat tinggi dan masih tidak mencukupi.

Seorang lagi penduduk bernama Chanchai, 65, wakil kumpulan peniaga tokek Ban Tal berkata, sejak 30 tahun lalu penangkapan tokek telah berkembang.

Penduduk kampung telah bekerjasama dalam memenuhi permintaan, malah perdagangan itu telah meluas ke bahagian lain di Thailand.

BACA: Agensi Padam Memori Manusia Diceroboh, Orang Dalam Disyaki Curi Teknologi ?

Pada musim yang berlainan, penduduk kampung akan memberi masa kepada tokek untuk membiak. Ini bagi memastikan populasi dan perdagangan tokek diteruskan tahun demi tahun.

Harga tokek segar dijual dengan harga kira-kira 30 hingga 40 baht setiap satu dan tokek yang diproses kering pula dijual pada harga 50 hingga 60 baht.

Pendapatan yang lumayan dalam industri ini telah menyediakan peluang pekerjaan dan kestabilan kewangan kepada penduduk tempatan. Terutamanya ketika dunia diserang dengan wabak Covid-19 beberapa tahun kebelakangan ini.

Sumber: The Thaiger

The post Penduduk Kampung Jana Pendapatan Lebih RM13K Sebulan Jual Cicak Tokek appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*