Penduduk Ketakutan, Dakwa Nampak Lembaga Hitam Membongkok Depan Rumah

penduduk ketakutan nampak lembaga

Penduduk Ketakutan, Dakwa Nampak Lembaga Hitam Membongkok Depan Rumah

KUALA PILAH — Tak habis dengan misteri ketukan pintu pada waktu malam yang masih menjadi persoalan, kemunculan lembaga hitam pula didakwa dilihat oleh penduduk Kampung Kepis Ulu dan Kampung Kepis Hilir, lapor Sinar Harian.

Tambahan lagi, bunyi tingkap rumah diumpil dan dicakar serta bau wangi juga didakwa dihidu oleh penduduk kampung.

Salah seorang penduduk Haslinda Hassim, 54, berkata, kemunculan lembaga hitam pada malam tadi yang merupakan gangguan misteri kali kedua itu membuatkannya betul-betul ketakutan.

Gambar: Sinar Harian

“Malam tadi hanya saya dan anak lelaki kedua ada di rumah manakala anak lelaki sulung keluar mengikut orang kampung meninjau rumah penduduk lain yang diganggu.

“Lebih kurang jam 9.40 malam anak saya balik dan kami berbual-bual di luar. Sedang berbual itu saya dengar bunyi seperti ada ‘seseorang’ tersepak batu dan apabila saya toleh nampak lembaga hitam sedang membongkok di kawasan hadapan rumah,” ujarnya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, lembaga tersebut sempat merenungnya dari jauh sebelum menghilangkan diri dari tempat itu.

Mengulas lebih lanjut, Haslina memberitahu lembaga itu kelihatan seperti manusia. Ini kerana kakinya menjejakkan kaki ke tanah namun tanpa seurat benang.

“Badan dia tak besar dan tak tinggi sangat, saya rasa lembaga itu memang manusia. Tapi bila dia nampak saya memandang dari jauh, terus dia memecut lari.

“Larinya pula sangat laju dan saya tak pasti ke arah mana. Kali ini memang saya betul-betul takut dan saya nampak dengan jelas kerana lampu rumah dibuka,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, anaknya juga memberitahu bahawa dia terdengar bunyi tingkap sebelah biliknya diumpil dan dinding rumah dicakar sekitar jam 2.30 pagi.

Salah seorang penduduk di Kampung Kepis Ulu, Mariam Johit, 67, turut mendakwa misteri gangguan serupa turut dialaminya pada malam Rabu. Ia termasuk kehadiran lembaga hitam berkenaan.

BACA: Putera Mateen Sah Jadi Suami Dayang Anisha

Gambar: Sinar Harian

Menurut Mariam, lembaga tersebut berdiri di luar beranda rumahnya dan situasi itu dilihat dengan jelas oleh anaknya Noreenor.

“Dalam jam 9 malam itu, anak saya dengar pintu jeriji rumah digoncang dan apabila intai di sebalik langsir dia nampak ada lembaga hitam itu.

“Dia kemudian menjerit ‘mak orang mak!’ dan kami semua anak beranak terus berlari ke pintu. Saya tak sempat nampak lembaga itu, tapi dengar bunyi seperti orang berlari,” jelasnya.

Akibat ketakutan, dia, anak-anak dan cucu menangis, malah tidak dapat melelapkan mata sehingga pagi.

Tambah Mariam, cucunya yang berumur 11 tahun mengalami serangan panik kerana terlalu ketakutan dan terpaksa dikejarkan ke klinik.

“Ini kali kelima rumah saya didatangi gangguan ini dan kali ini lebih menakutkan kerana nampak lembaga hitam.

“Sebelum ini pun kami ada terhidu bau wangi di pintu belakang rumah pada waktu malam,” ujarnya.

Marina Mohd Nor, 47, yang juga anaknya pula berkata perkara yang diceritakan itu bukan sekadar mencari populariti dengan sengaja mereka-reka cerita.

BACA JUGA: Dah Taknak Duduk Flat, Lapan Beranak Pilih Hotel Mewah RM653 Sehari Jadi Rumah

‘Tak kena pada batang hidung sendiri boleh cakap macam itu. Kami yang kena ini sentiasa hidup dalam keadaan tak tenteram dan ketakutan.

“Dulu bila baca berita berlaku kes macam ini di tempat lain, saya pun fikir sama ada kes ini betul ke tak, tapi sekarang kena pada diri saya sendiri,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Kepis Hilir, Mohammad Sah Sulaiman, 44, memberitahu kali ini, penduduk mendakwa melihat lembaga hitam selepas mereka diganggu dengan bunyi ketukan pintu sebelum ini.

Perkara itu juga telah menimbulkan suasana tidak tenteram di kampung berkenaan dengan lebih 14 rumah dilapor terkena gangguan itu .

“Kes malam tadi (Rabu) di rumah pertama, ada kesan tapak kaki berminyak yang tidak sempurna dijumpai di bahagian lantai luar rumah.

“Saya boleh katakan kejadian berlaku membuatkan penduduk dalam ketakutan dan selain membuat bacaan Yassin, kita juga mula menggunakan khidmat perubatan Islam untuk melihat apa yang sebenarnya berlaku,” maklumnya.

Sumber: Sinar Harian

The post Penduduk Ketakutan, Dakwa Nampak Lembaga Hitam Membongkok Depan Rumah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*