Penduduk Turkiye Berganding Bahu, Jual Lembu & Kereta Bantu Mangsa Gempa Bumi

penduduk turkiye jual lembu

Penduduk Turkiye Berganding Bahu, Jual Lembu & Kereta Bantu Mangsa Gempa Bumi

Seorang wanita warga emas sanggup menjual lembu miliknya berharga 13,00o lira Turkiye (RM 3,000) bagi membantu mangsa gempa bumi di negara itu, lapor AFP.

Sarigul Kacan, 70, yang berasal dari Akyaka sebuah bandar di sempadan timur Turkiye dengan Armenia telah bersoladiriti dengan mangsa gempa bumi di negaranya. Gegaran sekuat 7.8 magnitud minggu lalu telah membunuh hampir 40,000 orang di tenggara negara itu.

Berjuta-juta orang dilaporkan kehilangan rumah, pekerjaan dan harta benda. Namun mereka telah bekerjasama melakukan segala yang mereka mampu bagi membantu mangsa yang terlibat.

Saluran berita Turkiye turut menyiarkan liputan yang menunjukkan keadaan penduduk sedang bertungkus lumus membungkus kotak makanan, pakaian dan barangan keperluan untuk dihantar kepada mangsa yang terselamat.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

“Saya menjual lembu dan saya akan memberikan wang itu kepada gabenor daerah untuk kegunaan mereka yang terbunuh dan yang berada di bawah runtuhan,” kata Kacan kepada media tempatan.

Selain Kacan, penduduk kampung yang lain turut melakukan hal yang sama iaitu menjual lembu mereka bagi mendapatkan wang untuk membantu mangsa.

Seorang penduduk di wilayah timur Erzurum di mana gempa bumi mengorbankan kira-kira 1,500 orang pada tahun 1983 lalu telah menjual lembu miliknya bagi mendapatkan dana untuk disumbangkan kepada mangsa.

Penduduk Turkiye jual lembu

Penduduk yang bernama Nazime Kilic menjual lembu jantan yang dipeliharanya dari kecil dengan harga USD 1,220 (RM5,400) bagi disumbangkan kepada mangsa gempa.

Mangsa gegaran gempa 1983 yang terselamat itu telah memberikan wangnya kepada agensi bencana Turkiye, lapor berita DHA.

“Saya mempunyai lapan anak. Saya memberitahu mereka untuk bantulah semampu mungkin,” kata wanita tua itu.

Sakine Tanrikulu, yang sedang membesarkan anak lembunya di tengah Anatolia untuk ziarah Muslim, menjual anak lembunya itu tanpa teragak-agak.

Di negara yang mempunyai seramai 85 juta penduduk, wanita di negara itu ada cara tersendiri bagi membantu penduduk yang terkesan.

Mereka telah menghasilkan ratusan roti yang hangat dan gebu setiap hari dan menghantarnya kepada mangsa gempa yang terkesan tersebut.

Seorang penduduk, Sadullah Sezer telah bertindak menjual keretanya sekitar USD 5,000 (RM22,000) untuk dihantar kepada agensi bencana itu.

“Saya mahu membantu negeri ini. Saya gembira menjual kereta saya untuk membantu mereka yang memerlukan,” katanya kepada media tempatan.

Di wilayah Bursa barat laut, Serkenaz telah mengait “tanpa henti” untuk menghasilkan pakaian kepada mangsa yang terselamat.

“Ia sangat sejuk di sana dan produk kait mampu menghangatkan ramai orang,” katanya.

Di Elbistan, berhampiran pusat gempa di wilayah Kahramanmaras, suhu terus menjunam hingga minus 15 darjah Celsius pada waktu malam.

Sumber: AFP

The post Penduduk Turkiye Berganding Bahu, Jual Lembu & Kereta Bantu Mangsa Gempa Bumi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*