Penerbit Yang Semakin Melonjak, Sekali Ada Yang Ungkit Cerita Lama

Penerbit Cerita lama

Penerbit Yang Semakin Melonjak, Sekali Ada Yang Ungkit Cerita Lama

Tidak dinafikan, kebanyakan komuniti di Malaysia merupakan peminat setia novel. Dan disebabkan itu banyak jualan novel-novel laris di dalam pasaran.

Oleh itu, tidak hairan sekiranya ribuan novel “laku keras” di pelbagai patform jualan. Plot dan jalan cerita yang menarik membuatkan peminat tertarik untuk mendalami menerusi pembacaan.

Bercakap tentang novel, terdapat seorang penerbit yang dikenali ramai di Malaysia kerana berhasil mencipta fenomena dengan jualan buku mencecah ribuan pembeli. 

“Jangan tak percaya pula, sesetengah judul dah terjual sehingga 4, 5 angka malah 6 angka suatu ketika dahulu. Diiringi dengan edisi lain yang turut mengikuti jejak langkah yang sama setelah dijual.”

Siapa Yang Dimaksudkan?

Penerbit yang dimaksudkan adalah Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd (Karyaseni). Karyaseni merupakan sebuah syarikat penerbitan novel dan kini menjadi Penerbitan Novel nombor 1 di Malaysia.

Selain itu, Karyaseni juga telah dinobatkan dengan pelbagai anugerah sejak dimulakan. Tapi, disebalik kejayaan ini, ada juga yang mengungkit kisah lama mengenai syarikat penerbit ini.

Pun begitu, kisah yang diungkitkan bukanlah yang berbentuk negatif, tapi lebih kepada kejayaan-kejayaan yang terdahulu. 

“Orang raih macam-macam mesti berbuih mulut orang punya,”

Sepanjang dalam keterlibatan bidang penulisan, Penerbitan Karyaseni & Penulisan2u juga dinobatkan 6 tahun berturut-turut sebagai Penerbit Novel Terbaik, Penerbit Novel Popular dan Penerbit Bestseller di Anugerah Buku Negara.

Bukan setakat itu sahaja, Penerbitan Karyaseni juga merangkul Anugerah Top10 Asia (Publisher) di Jakarta Indonesia. Terbaru Karyaseni dinobatkan Best Novel Publisher of The Year pada penganugerahan Made for The World Excellence Awards 2022.

“Cakap satu buku terjual sampai lebih puluhan ribu mana nyerr?”

Haa ni antara buku paling popular terbitan KaryaSeni seperti Dr Alpha Male, Dheo’s, Dia Tetap Sempurna, Seseorang Untuk Aku, King Haidar dan Ungu Langit Ghaze. Serta beberapa lagi judul terbaik terbitan dan Penulisan2u daripada penulis terkenal tanah air.

Karyaseni ini turut berjaya mengadaptasi novel-novel ke layar televisyen seperti The Wedding Planner Breaker, Love You Mr. Arrogant, Suamiku Paling Sweet, Hero Seorang Cinderella, Aku Pilih Bahagia. Manakala bagi filem dan drama juga berjaya dinovelkan seperti Pulang, Nur, Nur-2, Bisik Pada Langit yang menjadi topselling suatu ketika.

Selain itu, nantikan projek terbaru, bakal novel topselling Karyaseni iaitu Hero Indonesia, Heroine Malaysia yang bakal meledak ke Indonesia dan terjemahan novel dari Bahasa Malaysia ke Bahasa Indonesia turut disediakan oleh Penulis dari Malaysia

Semasa pandemik teruk melanda di Malaysia, Karyaseni telah memulakan perniagaan secara online dan telah partnership bersama Shopee untuk memudahkan pembaca mengakses novel terkini sehingga berjaya menjadi top seller di Shopee dan tercalon dalam The Best ‘Sports and Hobby’’ Categories Shopee Super Awards 2022

“Dah jadi top seller takkan tak tercalon kan?”

Karyaseni Sdn Bhd juga telah tercalon sebagai Top-5 dalam kategori’Sports and Hobby’’ dalam Shopee Super Awards 2022 di mana telah bersaing bersama jenama-jenama terkenal seperti Adidas, Puma, Kingsmith dan Decathlon. 

Setiap hasil titik peluh pastinya terbayar setimpal dengan usaha. Hasilnya, Penerbitan Karyaseni Sdn. Bhd. menerima pelbagai pengiktirafan dari tahun ke tahun.

Pada 2019, Karyaseni mencapai pencapaian seperti Penerbit Novel Prolifik (Anugerah Telenovela), Penerbit Novel Best Seller (Anugerah Buku Negara) dan Penerbit Novel Terbaik (Anugerah Buku Negara) serta berjaya mengangkat Novelis dan Editor Terbaik melalui novel Pulang di Anugerah Buku Negara.

Pada tahun 2020 dan 2021, majlis anugerah terpaksa digabungkan susulan pandemik yang melanda. Bagaimanapun, ia tidak menjejaskan identiti Karyaseni apabila merangkul Penerbit Novel Paling Popular (UNESCO – KLWBC) yang dirai pada 2021.

Bagi 2022, Karyaseni telah menerima anugerah Penerbit Novel Terbaik (Anugerah Telenovela), Best Novel Publisher of The Year (Made For The World Excellence Awards) dan Novel Terbaik (Anugerah Buku Negara, Tajuk: Dia Tetap Sempurna)

Disebalik kejayaan yang menggunung, pasti terselit individu yang menjadi tulang belakang dalam setiap liku-liku yang dihadapi, iaitu Pengarah Dato Sri Wan Mohd Muzri bin Ramli. Kehebatan figura ini sememangnya tidak boleh diragui setelah mendapat pelbagai anugerah.

Antara kejayaan yang dikecapinya termasuklah pada 2019 dengan meraih Personality of The Year Award (Publisher) Top 10 Malaysia Award disusuli tahun 2020 Penerbit Novel (UNESCO Kuala Lumpur World Book Capital) dan pada 2022 menerima Tokoh Penerbit Novel Prolifik (Anugerah Buku Negara).

Penerbit Cerita lama

Penerbit Cerita lama

Korang juga jangan terlepas peluang ini untuk berjumpa dengan penerbitan Karyaseni yang bertapak di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 di bilik Johor-Kedah-Kelantan pada 26 Mei hingga 4 Jun nanti. Jadi, jangan lupa hadir tau untuk menyelami lebih mendalam mengenai syarikat penerbitan ini.

Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di sana. Nak tahu dengan lebih lanjut, korang boleh layari Facebook Karyaseni.

The post Penerbit Yang Semakin Melonjak, Sekali Ada Yang Ungkit Cerita Lama appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*