“Buat Sampai 40-50 Pek, Yang Laku 5”, Kisah “Superwoman” Cekal Berniaga La’sa Joho

“Sedia 40 La’sa Joho, 40 Assam La’sa, Yang Terjual Cuma 5”, Superwomen Kental Berniaga La’sa

Siapa kata orang perempuan tempat mereka hanya di dapur sahaja? Tidak boleh berkecimpung dalam pelbagai bidang kerjaya seperti kaum lelaki termasuk dunia perniagaan.

Lebih-lebih lagi zaman sekarang kaum hawa juga sudah mampu berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan kaum Adam bahkan ada yang lebih hebat.

Menceburi bidang perniagaan bukanlah satu tugas yang mudah kerana ia ibarat air laut yang mempunyai kitaran pasang dan surut. Namun ia tidak mematahkan semangat seorang wanita ini yang tekad menceburi bidang perniagaan.

Nabila binti Jahari, 31, berkongsikan pengalaman hidupnya sebagai seorang peniaga La’sa Joho menerusi satu temubual SK dalam segmen “Ini Kisah Aku”

superwomen berniaga la'sa
Gambar: Siakap Keli

Nabila atau mesra disapa sebagai Abil berkata dia memulakan perniagaan La’sa Joho ini secara kecil-kecilan selepas nekad mengambil keputusan untuk berhenti dari tempat kerjanya empat tahun lalu.

Wanita itu mengakui pandemik Covid-19 sedikit sebanyak memberi kesan terhadapnya dalam membayar pelbagai komitmen sejurus berhenti bekerja. Apatah lagi wanita terbabit tidak mempunyai suami sebagai tulang belakangnya.

Menjawab persoalan sewaktu diajukan oleh SK, Abil memberitahu dia mahukan sesuatu yang baru di dalam hidupnya. Lantaran itu, dia mula mengorak langkah menerusi pembukaan bisnes La’sa Joho secara sepenuh masa.

BACA JUGA: Nak Beli Kena Pastikan Ada Sticker Biru Ni Dulu, Baru Bil Air Rumah Tak “Melangit”

Selain dia menjelaskan personalitinya yang lebih selesa memfokuskan pada satu-satu perkara.

“Abil seorang yang tak boleh berada di tempat itu selama bertahun-tahun. Salah satu sebab lagi adalah nak fokus dengan bisnes,” kata graduan dalam lulusan perniagaan antarabangsa.

Minat Dalam Berniaga

Gambar: Siakap Keli

Biarpun bekerja seorang diri, namun minat yang mendalam bisnes sejak dibangku sekolah terus mendorong Abil mendepani pelbagai cabaran.

“Daripada sekolah benda tu memang minat pun, bila habis berniaga,” ujarnya.

Tambahnya lagi, menerusi perniagaan inilah dia dapat menyelami kehidupan orang lain dengan lebih dekat dengan melihat bagaimana kegigihan peniaga-peniaga lain dalam mencari sumber pendapatan.

Ketika hari minggu (Sabtu), Abil berkata dia kebiasaannya bersengkang mata menyediakan masakan bermula dari 1 pagi sehinggalah habis berniaga pada keesokan hari.

Pernah Berniaga Hanya Lima Bungkus Terjual

superwomen berniaga la'sa
Gambar: Siakap Keli

Bercerita mengenai cabaran, antara momen yang tidak dapat dilupakan Abil adalah kuantiti makanan yang dijual mengecewakan.

“Orang takda, first sekali Abil masuk dekat Putrajaya. Orang cakap sales akan tinggi.

“Jadi Abil buat 40 La’sa Joho, 40 Asam laksa. Tahu tak berapa yang terjual? Lima,” ujarnya lagi.

Detik itu sememang memberikan tamparan hebat buat Abil sebagai seorang peniaga kecil. Namun memikir nasib diri dan komitmen yang ditanggung, dia perlu meneruskannya.

Walau bagaimanapun, Abil bersyukur usahanya dalam beberapa bulan kebelakangan ini telah mula membuahkan hasil termasuk bisnes kopi bersama rakan kongsi.

BACA JUGA: Kenali Manchineel, Pokok Paling Berbahaya Di Dunia Hingga Digelar “Tree Of Death”

“Sekarang, Alhamdulillah campur dengan bisnes satu lagi (kopi) dah mampu cover semuanya,” luahnya yang tekad menambahkan pendapatan perniagaan.

Berkat Resipi Ibu

Gambar: Siakap Keli

Tambahnya, La’sa Joho yang menjadi menu utama bisnesnya diinspirasikan oleh resipi ibunya. Lebih-lebih lagi resipi itu sentiasa menambat hati orang ramai khususnya ketika raya.

Ketika ditanya mengenai nasihat kepada peniaga yang ingin menceburi dunia perniagaan khususnya para wanita, Abil menasihatkan setiap pelan perancangan harus selari dengan tindakan. Jika tidak, impian yang ingin direalisasikan hanya tergendala di tengah jalan.

“Bagi Abil redah je dulu, bila dah ada plan kena redah. Jadi tak jadi belakang cerita. Kalau you tak redah, you tak tahu benda tu jadi ke tak.

“Dan untuk perempuan, kalau nak cakap dulu Abil nak angkat benda berat pun tak akan angkat. Sekarang troli yang lima ke enam kilogram (kg) pun Abil dah boleh angkat,” ujarnya.

superwomen berniaga la'sa
Gambar: Siakap Keli

Bagi sesiapa yang ingin mencuba air tangan La’sa Joho Abil, boleh berkunjung ke RekaScape, Cyberjaya pada hujung minggu bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.

The post “Buat Sampai 40-50 Pek, Yang Laku 5”, Kisah “Superwoman” Cekal Berniaga La’sa Joho appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*