Penganjur Konsert MUSE Beri ‘Hint’, Bawa Konsert MCR Tahun Depan?

Penganjur Konsert MUSE Beri 'Hint', Bakal Bawa MCR Tahun Depan?

Penganjur Konsert MUSE Beri ‘Hint’, Bawa Konsert MCR Tahun Depan?

Susulan kejayaan konsert Muse: Will Of The People World Tour 2023 yang diadakan pada 29 Julai lepas, ramai peminat tanah air mahukan lebih banyak artis-artis antarabangsa dibawa masuk

Hasrat-hasrat berkenaan dinyatakan peminat muzik tanah air pada salah satu hantaran Facebook, Adam Ashraf iaitu CEO Hello Universe, penganjur konsert berkenaan.

Antara nama-nama artis yang dicadangkan untuk dibawa masuk adalah Iron Maiden, Foo Fighter, Radiohead, AX7, SOAD, Green Day dan banyak lagi.

Begitupun, yang paling mencuri tumpuan tentunya komen daripada seorang wargamaya, Faiiz Ramli. Dalam komen yang ditinggalkan, Faiiz Ramli meminta Hello Universe membawa masuk kumpulan My Chemical Romance (MCR) ke Malaysia.

Penganjur konsert MUSE beri hint, konsert MCR tahun depan?

“Bawa MCR perform dekat sini Adam. haha,” tulis Faiiz Ramli.

Nyata, komen berkenaan disambut oleh Adam Ashraf yang seterusnya memberikan bayangan yang mungkin mendatangkan keterujaan kepada semua.

‘Tahun depan,” jawabnya.

Jawapan yang cukup ringkas tetapi padat itu telah memberikan harapan sebesar gunung buat para peminat muzik Rock Alternatif, khususnya peminat tegar band tersebut.

Umum mengetahui, kebanyakan rakyat Malaysia dibesarkan dengan lagu-lagu dari band muzik asal Amerika Syarikat itu.

Antara lagu-lagu yang mewarnai zaman remaja sekitar 2000-an adalah Helena (2004), Teenagers (2006) dan Welcome to the Black Parade (2006).

Band berkenaan dianggotai empat ahli tetap iaitu Gerard Way (vokal), Ray Toro (gitar utama), Mikey Way (bass) dan Frank Iero (gitar irama).

Penganjur Konsert Muse Luah, Kena “Anxiety” Sebab “Show Delay”

Terdahulu, Adam Ashraf tampil berkongsi kisah dan cabaran yang perlu dihadapi pasukannya sebagai penganjur konsert MUSE di Kuala Lumpur.

Beliau berkongsi permulaan perjalanan Hello Universe dan impiannya untuk menganjurkan konsert MUSE satu hari nanti.

”Sebab abang aku Najib memang minat MUSE dan dia ajar aku lagu HYSTERIA masa aku kecil dulu. Jadi, ini macam hadiah untuk dia,” kata Adam Ashraf.

Selain itu, beliau turut berkongsi situasi yang terpaksa dihadapinya apabila konsert MUSE tergendala dan bermula lewat sejam.

Situasi tersebut menyebabkan dia berdepan dengan keresahan sehingga terpaksa berada di bilik rawatan dan menghabiskan masa disitu.

“Daripada mula sehingga akhir, aku langsung tak dapat tengok band idaman aku beraksi kerana aku berada di bilik perubatan. Ya, aku sedih, menangis, kecewa semua ada sebab aku tunggu moment nak tengok MUSE depan mata aku tak kesampaian.

“Aku langsung tak dapat berjumpa Matt dan yang lain-lain walaupn aku sendiri yang anjurkan,” katanya.

Begitupun, rata-rata peminat memahami situasi yang berlaku dan menganggap bahawa konsert MUSE yang berlangsung sebagai sangat berjaya dan bertaraf antarabangsa.

penganjur konsert muse mcr tahun depan
Kredit: Facebook

BACA: Ini Cara Nak Buat Lesen Bas & e-Hailing Secara Percuma, Rujuk 6 Syarat Ni Dulu

Sumber: Adam Ashraf Kingsman via Facebook

The post Penganjur Konsert MUSE Beri ‘Hint’, Bawa Konsert MCR Tahun Depan? appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*