Pengantin baru diberkas langgan pelacur ketika bulan madu

Seorang lelaki di negeri Florida, Amerika Syarikat ditahan semasa berbulan madu selepas memberi respons kepada iklan untuk melanggan pelacur, lapor akhbar New York Post semalam.

Paul Turovsky, 34, meninggalkan isterinya yang baru dikahwini tidur di bilik hotel mereka di Tampa dan keluar untuk bertemu dengan seorang pelacur yang dihubunginya secara online, kata pihak berkuasa.

Apabila ahli perniagaan yang bekerja sendiri itu tiba di Hotel Hyatt, dia digari selepas terperangkap dalam operasi oleh polis tempatan untuk membanteras kegiatan penyeludupan seks.

“Satu-satunya persoalan di sini adalah sebagai tetamu perkahwinan, adakah sudah terlambat untuk mengembalikan hadiah yang diberi oleh mereka,” kata Syerif Daerah Hillsborough, Chad Chronister.

Chronister menambah bahawa Turovsky adalah salah seorang daripada 176 lelaki yang ditahan dalam operasi itu.

BACA: Wanita tikam suami curang, rebus dalam periuk

– Agensi

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*