Pengawal Keselamatan Sempat Balas Mesej Ibu Sebelum Maut Dalam Kemalangan

pengawal keselamatan kemalangan

Pengawal Keselamatan Sempat Balas Mesej Ibu Sebelum Maut Dalam Kemalangan

Seorang pengawal keselamatan yang merupakan salah seorang daripada tiga mangsa terkorban dalam kemalangan di Kilometer 48.8 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi pada Isnin sempat mengirim pesanan kepada ibunya sebelum kejadian itu berlaku, lapor Sinar Harian.

Menurut ibu mangsa, Norzihan Mohamad, 50, anaknya Amirul Asyraf Zulkifli, 29, yang bekerja di taman tema air di Desaru, Bandar Penawar menghantar pesanan kira-kira jam 6.30 pagi.

Norzihan berkata awalnya dia mesej untuk bertanya sama ada mangsa kerja atau tidak esok kerana mahu meminta tolong melihat kereta milik ayahnya.

“Dia sempat membalas tidak kerja dan boleh bantu. Saya kemudian menghantar mesej lagi tetapi tidak berbalas. Tak sangka pula tidak lama kemudian saya dimaklumkan menantu yang anak maut dalam kemalangan,” ujarnya kepada pemberita di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT).

BACA: Guru Bertugas Sebagai Pengawas SPM Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah

Difahamkan kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.25 pagi itu terjadi ketika mangsa bersama rakannya Muhammad Amirul Faiz Azmi, 22, dalam perjalanan ke tempat kerja.

Kemalangan tersebut mengorbankan kedua-dua mangsa yang menaiki kereta Perodua Myvi itu.

Manakala, Noor Azman Abdul Rahman, 46, merupakan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Tawar yang memandu kereta Proton Gen 2 turut meninggal dunia di tempat kejadian.

Dalam pada itu, Norzihan menjelaskan, arwah merupakan anak tunggal yang menetap di Taman Pasak Indah bersama-sama keluarga mentuanya.

Kali terakhir berjumpa dengannya di Kampung Baru Seluyut pada Sabtu, tetapi pelik kerana anaknya tidak berkelakuan seperti biasa kerana tidak makan banyak.

“Tidak sangka dia pergi dahulu meninggalkan saya. Macam mimpi, ingat saya yang akan pergi dahulu. Saya sering pesan kepada dia kalau ibu meninggal kau mandikan jenazah ibu, tidak sangka pula sebaliknya,” katanya.

Mencertikan lebih lanjut Norzihan berkata arwah yang mempunyai dua anak berusia empat dan tiga tahun.

Arwah juga pernah berkata dia mahu mencari duit lebih dengan bekerja di Singapura dan menyatakan hasrat untuk berhenti kerjanya yang sekarang ini.

“Dia sudah lama kerja di Desaru itu sebelum berkahwin lagi namun disebabkan anaknya yang sudah mula bersekolah dia mahu mencari duit lebih dan merancang mahu bekerja di Singapura,” ujar Norzihan.

Sumber: Sinar Harian

The post Pengawal Keselamatan Sempat Balas Mesej Ibu Sebelum Maut Dalam Kemalangan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*