Cetus Persoalan, Mickey Dedah Perbualan Dengan Son Heung-min

perbualan mickey son

Cetus Persoalan, Mickey Dedah Perbualan Dengan Son Heung-min

Biarpun pertembungan antara skuad Harimau Malaya dan pasukan bola sepak Korea Selatan telah berlalu hampir seminggu, namun perlawanan tersebut masih menjadi bualan hingga ke hari ini.

Ini kerana skuad negara berjaya menampilkan aksi yang penuh “wow” selepas mengikat skuad Taegeuk Warrior 3-3 di Stadium Al Janoub.

Keputusan itu sudah cukup memberikan kegembiraan buat penyokong khususnya para pemain kerana berjaya mengikat salah satu gergasi bola sepak Asia yang berada di tangga ke-23 dunia (FIFA) manakala Harimau Malaya di tangga ke-130.

Mickey Sembang Apa Dengan Son Heung-min?

Gambar: Tangkap Layar TikTok

Salah satu momen yang mencuri tumpuan dalam perlawanan tersebut termasuklah reaksi perbualan pemain sayap lincah negara, Faisal Halim dan bintang Tottenham Hotspurs, Song Heung-Min.

Pelbagai andaian dan persoalan menjadi buah mulut peminat bola tanah air melibatkan rakaman kedua-dua pemain itu sewaktu Malaysia dihadiahkan sepakan penalti sejurus Arif Aiman Mohd Hanapi dikasari dalam kotak penalti.

Semalam, Faisal Halim dalam satu temu bual ringkas mendedahkan persoalan yang bermain difikiran orang ramai.

“Saya pergi dekat dia (Son), dia tengah bincang dengan pengadil. Saya cakap penalti, How come penalty?.

“Selepas itu yang saya buat action tu, penalti aaa.. sepak belakang. No, no, no dia sepak bola dia kata.

Okay we see VAR, tu dia macam frust je,” katanya yang memberitahu tiada isu serius sebenarnya dalam perbualan tersebut.

mickey son heung min
Gambar: Tangkap Layar TikTok

BACA: Video Kim Pan Gon Ketika Muda Tular, Ramai Puji Kacak

Seri Rasa Macam Menang!

Terdahulu, Malaysia berjaya mengikat pasukan ranking ke- 23 dunia itu dengan keputusan 3-3 dalam perlawanan akhir Kumpulan E Piala Asia 2023 Qatar.

Dalam perlawanan tersebut, Korea Selatan mendomonasi perlawanan dengan pemain tengah, Jeong Woo-yeong terlebih dahulu membuka jaringan pada mini ke-17. Gol tunggal tersebut bertahan sehingga tamat separuh masa pertama.

Walau bagaimanapun, skuad Kim Pan Gon turun dengan aksi yang lebih menyakinkan dan gol penyamaan terhasil menerusi gelecekan cantik Faisal Halim pada minit ke-51.

Malaysia mendahului Korea 2-1 apabila meraih sepakan penalti selepas Arif Aiman Mohd Hanapi dikasari pertahanan lawan. Arif Aiman tenang menyudahkan sepakan penalti tersebut.

Namun, kegembiraan penyokong ekor Harimau Malaya tidak bertahan lama apabila pemain Paris-Saint German, Lee Kang-in menyamakan kedudukan.

Bintang PSG itu berjaya menyumbat gol kedua itu menerusi sepakan percuma cantik. Perlawanan semakin mendebarkan apabila Korea Selatan dihadiahkan penalti pada masa kecederaan.

Son Heung-min kemudian menjalankan tanggungjawabnya untuk membolehkan Korea Selatan kembali di depan.

Ketika perlawanan seakan-akan berkesudahan 3-2, pemain gantian, Romel Morales muncil wira apabila menyamakan kedudukan 3-3 pada penghujung masa kecederaan.

Sumber: TikTok @kinghisyam

The post Cetus Persoalan, Mickey Dedah Perbualan Dengan Son Heung-min appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*