Resipi Mushroom Soup & Garlic Bread Homemade

Resipi Mushroom Soup & Garlic Bread Homemade

Bila musim hujan ni, kebanyakan orang akan menggemari hidangan yang hangat. Kalau bukan minum air panas, mereka akan buat juadah berkuah seperti sup atau tomyam. Makan bubur nasi panas-panas ketika hujan juga amat menyelerakan.

Selain itu, ada juga yang mungkin mahukan hidangan yang dikatakan agak western, seperti mushroom soup. Hidangan mushroom soup ini pula tidak lengkap sekiranya tiada garlic bread, kan?

Bayangkan, garlic bread yang garing dan dicicah pula dengan kuah mushroom soup yang pekat. Sangat menggiurkan! Kalau nak buat mushroom soup dan garlic bread homemade, anda boleh ikuti resipi ini!

Bahan-Bahan Mushroom Soup

Untuk membuat kuah mushroom soup, anda akan memerlukan butter, bawang holland, bawang putih, cendawan Shitake, tepung gandum dan susu full cream.

Selain itu, anda juga akan menggunakan air, lada hitam dan lada putih, garam dan pati ayam untuk membuat mushroom soup ini.

Bahan-Bahan Garlic Spread

Bahan-bahan untuk membuat garlic spread yang akan disapu pada roti pula adalah, butter, bawang putih, daun bawang atau daun ketumbar, mixed herbs dan jika anda mahu, anda boleh letakkan juga parmesan cheese.

Jangan lupa roti, ya! Terpulang kepada anda berapa keping roti yang anda mahu gunakan.

Cara Membuat Mushroom Soup

Cara membuat mushroom soup ini agak mudah. Anda perlu masukkan tiga atau empat sudu butter ke dalam periuk yang sudah dipanaskan.

Selepas itu, masukkan bawang Holland yang sudah dipotong dadu dan juga bawang putih yang sudah dihiris. Masukkan juga cendawan Shitake yang juga dihiris halus. Lebihkan sedikit cendawan itu supaya ia dapat mengharumkan bau mushroom soup anda dan memberikan rasa cendawan yang asli.

Bahan-bahan yang dimasukkan itu dikacau sehingga ia menjadi layu dan masukkan dua sudu besar tepung gandum. Kemudian, masukkan pula tiga cawan susu full cream dan gaulkan.

Masukkan lada putih dan lada hitam ikut citarasa anda dan masukkan secawan air. Sekiranya kuah terlalu pekat, anda boleh lebihkan sedikit air. Seterusnya, masukkan pula garam.

Tetapi, sekiranya anda sudah menggunakan salted butter anda tidak perlukan garam. Terlebih masin pula nanti.

Masukkan bahan yang terakhir iaitu sedikit kiub pati ayam. Gaulkan bahan-bahan sehingga sebati dan tutup api. Anda boleh letakkan mushroom soup itu di tepi dahulu dan mula membuat garlic spread.

Cara Membuat Garlic Spread

Mudah saja caranya untuk membuat garlic spread ini. Masukkan butter, daun bawang atau ketumbar yang dihiris halus, bawang putih yang dicincang halus, mixed herbs dan masukkan parmesan cheese. Sekiranya anda tidak mahu parmesan cheese, anda tidak perlu masukkannya.

Kemudian, penyekkan butter dan gaulkan bersama bahan-bahan yang telah dimasukkan itu. Pastikan butter berada dalam suhu bilik supaya ia dapat memudahkan anda untuk memenyekkannya.

Selepas itu, anda sapukan garlic spread itu ke atas roti dan bakar roti menggunakan air fryer dengan suhu 150 darjah celsius selama lima hingga enam minit.

Apabila roti sudah dibakar, anda boleh potongkannya kecil-kecil. Jangan lupa hidangkan mushroom soup yang telah dibuat untuk dimakan bersama roti. Barulah lengkap!

Sumber: Che Sayang Kitchen

BACA JUGA: Resipi Pancake Mini, Mudah Dan Cepat

The post Resipi Mushroom Soup & Garlic Bread Homemade appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*