Pengguna Diminta Waspada, Tanah Runtuh Di Jalan Simpang Pulai – Cameron Highlands

Pengguna Diminta Waspada, Tanah Runtuh Di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands

Pengguna Diminta Waspada, Tanah Runtuh Di Jalan Simpang Pulai – Cameron Highlands

Sebuah kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di KM45, Jalan Simpang Pulai – Cameron Highlands pada lewat malam tadi dan menyebabkan laluan terhalang.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh ACP,  Yahaya Hassan pihak polis telah menerima maklumat mengenai kejadian bencana alam itu sekitar jam 11.12 malam.

Jelasnya, hasil siasatan awal yang dijalankan pihaknya telah mengenalpasti  lokasi kejadian terletak kira-kira 50 minit perjalanan dari pekan Simpang Pulai.

“Lokasi kejadian merupakan tapak pembaikan cerun yang sedang dijalankan oleh kontraktor Jabatan Kerja Raya (JKR) dan runtuhan telah menutup permukaan jalan menyebabkan ia tidak boleh dilalui kenderaan dari kedua-dua arah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

BACA: Plus Aktifkan Smartlane Di Lima Lokasi Bantu Lancarkan Trafik

Sungguhpun begitu, Yahaya Hassan memaklumkan tiada laporan kemalangan jiwa diterima oleh pihaknya berhubung kejadian tersebut.

Beliau berkata bahawa jalan yang asalnya terhalang telah dibuka kepada semua kenderaan kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Hal ini susulan selepas pihak-pihak berkaitan seperti kontraktor melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan yang terlibat.

Walau bagaimanapun, beliau menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan peka terhadap keadaan persekitaran di kawasan terbabit.

Perkara ini termasuklah mengambil kira faktor cuaca yang tidak menentu di negara kita pada masa sekarang.

Sementara itu, Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menjelaskan bahawa kejadian tersebut berlaku ketika hujan lebat.

Ini telah menyebabkan jumlah aliran air permukaan (surface runoff) yang tinggi seterusnya menyebabkan struktur tanah kurang stabil.

BACA: Jalan Kulai-Kota Tinggi Ditutup Akibat Tanah Runtuh

Sebelum ini, Jalan Kulai-Kota Tinggi (FT094) yang menghala ke Felda Ulu Tebrau ditutup sementara kepada semua kenderaan susulan berlaku kejadian tanah runtuh di Jalan Negeri Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau (J08), di Kulai pada Januari lepas.

Pemasangan TMP, papan tanda lencongan telah dipasang sebagai hebahan dan pemasangan kanvas dilaksanakan bagi mengurangkan  hakisan yang lebih kritikal.

Jabatan itu menyatakan tempoh penutupan jalan akan ditentukan selepas pemeriksaan lanjut dilakukan, justeru orang ramai dinasihatkan agar merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan lokasi terjejas.

BACA: Baru Tahu, Rupanya Ini Beza Diesel Hos Biru Dengan Hos Hitam

Sumber: Astro Awani

The post Pengguna Diminta Waspada, Tanah Runtuh Di Jalan Simpang Pulai – Cameron Highlands appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*