Anwar Minta Pemimpin PAS Jawab Dakwaan Tak Sokong PAS Musuh Islam

anwar tak sokong pas musuh islam

Anwar Minta Pemimpin PAS Jawab Dakwaan Tak Sokong PAS Musuh Islam

PERMATANG PAUH, 30 Jun (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pemimpin mahupun Dewan Ulama PAS, untuk membetulkan beberapa kenyataan dikeluarkan penceramah bebas yang menyentuh sensitiviti umat Islam sebelum ini.

Beliau berkata ini termasuk kenyataan bekas Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli baru-baru ini, yang menyatakan bahawa sesiapa sahaja tidak menyokong PAS adalah musuh Allah.

“Apakah benar orang tidak bersama dengan PAS adalah musuh Allah. Kalau betul, pasal apa arwah Tok Guru  (Tan Sri) Nik Aziz sokong saya dan saya bukan ahli PAS pun. Ini mereka (pemimpin atau Dewan Ulama PAS) kena jawab,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada program Minum Petang bersama penduduk Kampung Sama Gagah, dekat sini hari ini.

Baca: “Terus Capai Red & Black,” Wan Chai Cuak Kena Ganggu Ketika Live, Tiba-Tiba Semua Member Lesap Diganggu ‘Makhluk Halus’?

Sebelum ini, Syeikh Muhd Zainul mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan berkait isu ‘musuh Allah’ ketika program Himpunan Kedah Berselawat pada 24 Jun lepas, namun beliau telah memohon maaf serta mengakui kesilapan mengungkap kalimah berkenaan.

Anwar turut mendesak kepimpinan PAS membetulkan dakwaan lama yang dikeluarkan penceramah bebas itu, antaranya Nabi Adam A.S turun di Gunung Jerai, Kedah.

“Dua, dakwaan Saiyiddina Uthman bin Affan sampai di Kedah…kita kata dakwah tapi mengizinkan kepalsuan. Betul ke tidak, kalau tidak betul mengapa tidak ditegur,” kata Perdana Menteri.

Sumber: BERNAMA

The post Anwar Minta Pemimpin PAS Jawab Dakwaan Tak Sokong PAS Musuh Islam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*