PM Anwar Umum Peruntukan Tambahan RM30 Juta Naik Taraf Laluan Gerik-Jeli

anwar peruntukan gerik-jeli

PM Anwar Umum Peruntukan Tambahan RM30 Juta Naik Taraf Laluan Gerik-Jeli

GERIK, 24 Ogos (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta bagi menaik taraf Jalan Raya Timur-Barat yang menghubungkan Gerik-Jeli.

Beliau berkata peruntukan itu adalah tambahan peruntukan penyelenggaraan jalan tersebut yang dianggarkan kosnya sebanyak RM80 juta sehingga RM100 juta.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata terdapat banyak permohonan peruntukan bagi  penyelenggaraan jalan di seluruh negara dan beliau akan mengkajinya dalam Belanjawan MADANI kedua yang akan dibentangkan pada Oktober.

BACA JUGA: Anwar Umum Peruntukan RM3 Juta Atasi Masalah Air Di UMS

“Tapi hari ini saya boleh lulus tambahan RM30 juta untuk perbaiki jalan,” kata beliau dalam ucapan ketika melancarkan Kempen MyJalan Kementerian Kerja Raya (KKR) di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

Sumber: BERNAMA 

The post PM Anwar Umum Peruntukan Tambahan RM30 Juta Naik Taraf Laluan Gerik-Jeli appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*