Pengorbanan Berbaloi, Lelaki Ini Jual Motosikal Demi Sokong Malaysia Di Qatar

lelaki menangis korea malaysia piala asia

Jual Motosikal Demi Tonton Piala Asia Depan Mata, Lelaki Ini Menangis Saat Malaysia Ikat Korea Selatan

Seorang lelaki jadi tular selepas menangis sewaktu Malaysia berjaya mengikat Korea Selatan pada kedudukan seri pada saat-saat akhir dalam perlawanan peringkat kumpulan E, Piala Asia di Doha Qatar malam tadi.

Lelaki yang dikenali sebagai Derrick Gan difahamkan telah membuat pengorbanan yang besar untuk menyokong skuad kebangsaaan di sana.

Difahamkan, Gan telah menjual motosikal miliknya bagi membiayai perjalanannya di Qatar demi rasa cinta akan negaranya.

Menerusi sebuah hantaran di Facebooknya, lelaki patriotik ini telah menjual motosikal Yamaha LC dengan harga RM4,500.

Beliau telah membuat hantaran untuk menjual motosikal yang dianggap sebagai ‘adiknya’ pada akhir tahun lepas iaitu 28 Disember 2023.

“Mencari dana ke Qatar,” tulis Derrick Gan menerusi hantaran Facebooknya.

“Tumpang lalu adik nak lepaskan motor demi negara tercinta…,”

Menerusi hantaran tersebut, beliau dikatakan sanggup untuk melepaskan adik kesayangannya, memandangkan ini kali pertama Malaysia menyertai perlawanan besar selepasa lama menyepi.

“Kejohanan besar pertama dalam sejarah Malaysia!” tulisnya dengan nada teruja.

Pada akhir hantaran tersebut, Gan meminta orang ramai untuk membantunya merealisasikan impiannya untuk menyaksikan detik bersejarah dalam sejarah bola sepak tanah air.

motosikal qatar malaysia lelaki piala asia
Kredit: Facebook

Pengorbanan Derrick Gan terbayar, saksi Malaysia ranapkan peluang Korea Selatan untuk jadi juara kumpulan

Sungguhpun keputusan perlawanan sebelum ini ketika menentang Jordan dan Bahrain agak sedikit suram, aksi Harimau Malaya menentang Korea Selatan di Piala Asia baru-baru ini patut diberikan pujian.

Berdepan dengan salah satu pasukan yang layak ke Piala Dunia tidak menjadi satu alasan kepada anak didik Kim Pan Gon untuk menjadi pasukan belasahan di tangannya.

Sebaliknya, Malaysia telah tampil memberikan tamparan padu buat para pemain Taeguk Warrior kerana mampu memberikan kejutan pada saat-saat akhir.

Hasil jaringan epik dari Romel Morales telah menyamakan kedudukan Malaysia dan Korea Selatan pada saat-saat akhir.

Momen ini telah memberikan rasa gembira, berbaur emosi buat para penyokong Harimau Malaya yang turun ke padang, khususnya buat Derrick Gan yang telah melepaskan salah satu benda yang disayanginya.

motosikal qatar malaysia lelaki piala asia
Kredit: Facebook

Raut wajah lelaki berkenaan yang jelas menangis selepas menyaksikan detik luar biasa itu telah terakam dan menjadi tular di media sosial.

Rata-rata pengguna media sosial mengagumi semagat kesukanan dan patriotisme yang dimiliki Gan serta mengatakan pengorbanannya sebelum ini berbaloi.

BACA: Klinsmann Marah Korea Selatan Terikat 3-3 Dengan Malaysia

Sumber: Derrick Gan via Facebook

The post Pengorbanan Berbaloi, Lelaki Ini Jual Motosikal Demi Sokong Malaysia Di Qatar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*