Lelaki Sempat Lindung Isteri Dan Anak Sebelum Maut Dihempap Pokok

lelaki dihempap pokok

Lelaki Sempat Lindung Isteri Dan Anak Sebelum Maut Dihempap Pokok

ALOR SETAR — Seorang lelaki meninggal dunia selepas kenderaan yang dipandu dihempap sebatang pokok yang terbakar di Jalan Hutan Kampung, pada Selasa, lapor Astro Awani.

Menurut isteri mangsa, Nurhafizah Ahmad Zamri, 25, kejadian berlaku sekitar jam 1.15 tengah hari semalam.

Sewaktu kejadian, dia yang turut berada di dalam kenderaan itu bersama kakak dan anak saudaranya sedang dalam perjalanan pulang ke rumah sambil dipandu mangsa, Mohd Robbil Adam Mohd Rizal, 27.

Berkongsi semula detik tragedi itu, wanita berusia 25 tahun itu pada awalnya sudah menyedari sebatang pokok terbakar dan mengeluarkan kepulan asap.

Gambar: Astro Awani

Walau bagaimanapun, pokok itu tiba-tiba tumbang lalu menghempap kenderaan dinaiki mereka sebelum sempat memberitahu suaminya. Berkat suaminya yang pantas menghulurkan tangan berjaya menyelamatkan dia dan anaknya sebelum arwah meninggal dunia.

“Saya sedih dan masih tidak dapat melupakan tindakan arwah suami dengan mnghulurkan tangan kirinya yang tetap mahu melindungi saya dan anak berusia lapan bulan ketika nampak sebatang pokok yang terbakar mahu tumbang ke arah kereta.

“Kami tiga beranak bersama kakak dan anaknya menaiki sebuah kereta dan baru sahaja bergerak keluar dari restoran sebelum ternampak sebatang pokok di bahu jalan dalam keadaan terbakar.

“Sebelum sempat saya nak sebut ada pokok terbakar, dahan pokok tersebut terus tumbang betul-betul di atas kereta tempat duduk pemandu.

“Sebelum itu, suami sempat melindungi saya dan bayi perempuan kami, Hawa Raisya Aulia dengan sebelah tangannya,” katanya sewaktu di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada Selasa.

BACA: Dua Mangsa Disahkan Maut Dalam Insiden Pesawat Terhempas Di Kapar

Tambahnya, akibat kejadian kereta yang dipandu suaminya itu kemudian terbabas lalu melanggar sebuah kereta lain.

“Saya peluk anak kuat-kuat dan terus bawa anak keluar sebaik kereta berhenti, namun suami sudah tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu sebelum disahkan telah meninggal dunia,” katanya lagi.

Dalam kejadian itu, Nurhafizah hanya mengalami kecederaan ringan iaitu luka pada tangan sementara bayi serta kakak dan anak perempuannya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Gambar: Astro Awani

Mengulas lebih lanjut, dia memberitahu arwah kerap menyebut tidak akan berpeluang berborak bersama ahli keluarga.

“Dia banyak kali cakap selepas ini tak boleh dah nak sembang dengan adik-beradik dan saya tegur dia kenapa cakap macam itu, namun arwah hanya mendiamkan diri.

“Saya fikir arwah hanya bergurau, namun hari ini (semalam) ternyata arwah pergi dahulu meninggalkan saya dan anak,” ujarnya.

Seperti Tahu Bapanya Bakal Pergi Selamanya

Tambahnya lagi, sejak kebelakangan ini anak tunggal mereka hanya mahu dengan arwah dan kuat meragam.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba Ahmad Naufal Abdullah, pada jam 1.17 tengah hari tadi, pihaknya telah menerima panggilan berhubung kejadian.

“Mangsa tidak tersepit dan anggota bomba memadam kebakaran pokok dan membantu pihak Kementerian Kesihatan (KKM) menguruskan mangsa,” katanya.

Sumber: Astro Awani

The post Lelaki Sempat Lindung Isteri Dan Anak Sebelum Maut Dihempap Pokok appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*