Sebotol Sehari, Bagaimana Vitagen Tingkatkan Kesejahteraan Mental?

sebotol sehari vitagen

Sebotol Sehari, Bagaimana Vitagen Tingkatkan Kesejahteraan Mental?

Tahukah anda bahawa kesihatan usus mampu mempengaruhi kesejahteraan mental?

Satu tinjauan di seluruh negara mendedahkan bahawa Kuala Lumpur, khususnya, melaporkan kelaziman isu kesihatan mental yang lebih tinggi. Dengan isu kesihatan mental yang semakin meningkat di Malaysia, kami menyedari bahawa kesihatan usus mungkin mempunyai pengaruh yang besar terhadap kesejahteraan mental daripada yang kami bayangkan sebelum ini.

Bukti saintifik terkini mendedahkan hubungan yang menarik antara usus dan otak kita, yang dikenali sebagai Gut-Brain Axis. Dalam istilah yang lebih mudah difahami, ini bermakna apa yang anda makan akan memberi kesan bukan sahaja kepada kesihatan fizikal anda tetapi juga kesihatan mental anda.

VITAGEN, Pakar Kesihatan Usus lebih daripada 45 tahun, menawarkan penyelesaian untuk anda. Dengan kajian yang terbukti secara klinikal untuk meningkatkan imuniti dan mood, ia bukan sekadar minuman probiotik; ia merupakan pilihan praktikal untuk menyokong kesejahteraan keseluruhan anda.

Sains Di Sebalik VITAGEN

Baru-baru ini, Kumpulan Penyelidikan GUT, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia telah menjalankan kajian klinikal untuk melihat secara terperinci bagaimana susu kultur yang mengandungi lactobacillus mempengaruhi mood seseorang. Kajian tersebut telah dijalankan ke atas pesakit-pesakit Sindrom Iritasi Usus (IBS) dengan kemurungan subthreshold. Mereka mengambil dua botol VITAGEN setiap hari selama 12 minggu. Penemuan kajian tersebut amat menarik:

  • Menambahkan aras serotonin sebanyak 47%
  • Mengurangkan skor kemurungan sebanyak 42%
  • Meningkatkan kualiti hidup sebanyak 7.1%
  • Mengurangkan simptom sindrom penghadaman rengsa iritasi usus (perubatan tabiat buang air besar dan sakit adbomen) sebanyak 42.1%

Kenali Serotonin: Hormon Gembira Yang Tidak Diketahui Wujud Dalam Anda

Kita sering mendengar istilah ‘hormon gembira’, tetapi apakah sebenarnya hormon ini? Ia termasuk dopamin, oksitosin, endorfin, dan serotonin. Hormon ini memainkan peranan dalam menstabilkan emosi, perasaan, dan kesejahteraan keseluruhan anda.

Tetapi tahukah anda bahawa kira-kira 90% serotonin dihasilkan dalam usus anda? Hanya 10% daripada serotonin dihasilkan dalam otak anda. Hormon ini terhasil daripada triptofan, sejenis asid amino yang penting dan hanya boleh diperolehi daripada makanan.

Serotonin memberi pengaruh yang besar ke atas perasaan dan tingkah laku kita dalam situasi sosial, cara kita makan dan mencerna, dan juga kualiti tidur kita. Tahap serotonin yang rendah sering dikaitkan dengan kemurungan dan kecelaruan keresahan. Jadi, apabila VITAGEN mendakwa dapat meningkatkan tahap serotonin, ia benar-benar dapat menaikkan semangat anda!

Mengapa Pilih VITAGEN?

  • Reputasi Yang Kukuh: Dipercayai selama lebih 45 tahun, VITAGEN adalah jenama yang sinonim dengan kualiti dan keberkesanan.
  • Terbukti Secara Klinikal: Meningkatkan imuniti dan mood anda. Ya, ia adalah tawaran dua dalam satu!
  • Pelbagai Perisa: Menjaga kesihatan diri seharusnya menyeronokkan. Oleh itu, VITAGEN menawarkan pelbagai jenis perisa, termasuk epal, oren dan anggur – pilihan yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia!

Ingatlah: VITAGEN terbukti secara klinikal dapat meningkatkan tahap serotonin, meningkatkan mood anda dan melegakan tahap stres anda.

Jadi, ibu-ibu milenial dan orang dewasa, apabila anda berasa sedih atau tertekan, minumlah VITAGEN untuk meningkatkan hormon gembira. Usus yang sihat menjadikan anda lebih gembira!

The post Sebotol Sehari, Bagaimana Vitagen Tingkatkan Kesejahteraan Mental? appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*