Pengunjung, Peniaga Dakwa Temukan Mayat Lelaki Dalam Kereta

mayat lelaki dalam kereta

Pengunjung, Peniaga Dakwa Temukan Mayat Lelaki Dalam Kereta

Para pengunjung dan peniaga di tapak jualan but kereta (car boot sale) Kota Damansara mendakwa telah menemukan mayat dipercayai seorang lelaki dalam sebuah kereta di kawasan parkir di situ , pagi semalam, lapor Sinar Harian.

Menurut laporan, mayat lelaki terbabit dipercayai telah berbau busuk dan kembung.

Rakaman video awam menunjukkan orang ramai di sekitar lokasi kejadian mengerumuni kereta berkenaan, selain pihak polis turut berada di sana bagi menjalankan siasatan.

Bagaimanapun, setakat ini polis masih belum mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan kes tersebut.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: Sinar Harian

The post Pengunjung, Peniaga Dakwa Temukan Mayat Lelaki Dalam Kereta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*