Remaja Dipercayai Maut, Sahut Cabaran “Online” Makan Kerepek Paling Paling Pedas Di Dunia

kerepek pedas di dunia

Remaja Dipercayai Maut, Sahut Cabaran “Online” Makan Kerepek Paling Paling Pedas Di Dunia

Seorang remaja 14 tahun dilaporkan meninggal dunia secara tiba-tiba selepas menyertai ‘One Chip Challenge‘, di mana mereka dicabar untuk memakan kerepek dikatakan paling pedas di dunia, lapor Daily Mail.

Menurut NBC Boston, remaja itu meninggal dunia pada hari yang sama dia menyertai trend dalam talian terbabit.

Pada 1 September lalu, ibu remaja itu telah dipanggil ke sekolah selepas dia mengadu sakit perut.

Remaja itu dikatakan telah makan kerepek pedas yang berbahaya itu selepas ia diberikan oleh rakan sekelasnya.

Mangsa dikatakan berasa lebih baik selepas pulang ke rumah, namun dia kemudiannya jatuh pengsan pada pukul 4.30 petang.

Dia dilaporkan pengsan ketika hendak pergi ke sesi pemilihan bola keranjang.

Menurut polis Lt. Sean Murtha, remaja itu tidak bertindak balas dan ditemui sudah tidak bernafas.

Dia kemudiannya dibawa ke hospital dan akhirnya disahkan sudah meninggal dunia.

Kematian remaja itu adalah pertama dilaporkan berlaku selepas mengikuti cabaran makan kerepek paling pedas di dunia tersebut.

Ekoran cabaran itu juga, ramai kanak-kanak lain dikatakan memerlukan rawatan perubatan selepas mengikutinya.

Cabaran terbaru itu dipercayai sebagai kempen pemasaran bagi cip tortilla yang didakwa sebagai paling pedas di dunia.

Cabaran itu telah menarik pengikut di seluruh media soial dengan lebih dua bilion tontonan di TikTok.

Cip itu didatangkan dengan bungkusan kotak berbentuk keranda dan dihiasi dengan tengkorak merah.

Selain itu, cip tersebut juga diletakkan label yang meminta agar untuk dijauhkan daripada kanak-kanak dan ia hanya untuk golongan dewasa.

Sehingga kini, masih tidak jelas sama ada cip pedas itu adalah sebagai penyumbang utama kepada kematian remaja tersebut ekoran bedah siasat masih belum selesai.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Pada 3 September, Pengetua Sekolah Awam Worcester, Dr. Rachel Monarrez mengeluarkan kenyataan di laman web sekolah berikutan kejadian itu.

Beliau mendedahkan bahawa remaja itu sebagai ‘bintang yang sedang meningkat naik’.

“Sebagai seorang ibu dan pendidik, saya tidak dapat bayangkan betapa sukarnya perkara ini terhadap keluarga, rakan dan gurunya. Saya turut berduka cita,” tulis Monarrez.

Sementara itu, pengumpulan dana GoFundMe juga telah ditubuhkan oleh sepupu mangsa.

Sehingga artikel ini ditulis, dana itu telah berjaya mengumpul sebanyak USD 20,000 (RM93,000).

Remaja itu digambarkan sebagai seorang anak yang pintar, unik dan berbakat. Dia sangat menggemari permainan video dan bola keranjang.

Sumber: Daily Mail

The post Remaja Dipercayai Maut, Sahut Cabaran “Online” Makan Kerepek Paling Paling Pedas Di Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*