Wanita Cuai Hidang Rantai Emas Miliknya Dalam Makanan, Terpaksa Bawa Kerbau Pergi “Vet” Bedah Perut

bedah perut kerbau

Wanita Cuai Hidang Rantai Emas Miliknya Dalam Makanan, Terpaksa Bawa Kerbau Pergi “Vet” Bedah Perut

Seekor kerbau di Maharashtra, India terpaksa dibedah gara-gara termakan rantai emas milik tuannya, lapor The Thaiger.

Dipercayai, pemilik haiwan itu telah menanggalkan rantai lehernya untuk mandi dan secara tidak sengaja meletakkan rantas itu di atas pinggan yang penuh dengan kekacang dan sekam.

Setelah selesai mandi dan membasuh pakaian, wanita itu memberikan pinggan itu kepada kerbau tersebut lalu meneruskan kerja rumahnya.

Kehilangan rantai emas itu disedarinya beberapa jam kemudian dan dia bergegas memeriksa pinggan itu yang telah kosong.

Rantai leher emas itu dikatakan bernilai 66,000 baht (RM8,500) di pasaran pada ketika ini.

Selepas tiada pilihan lain yang dapat difikirkan, wanita itu memberitahu suaminya dan segera menghubungi doktor haiwan.

Doktor haiwan telah menggunakan alat pengesan logam bagi mengesan kedudukan rantai emas itu di dalam perut kerbau tersebut.

Sehubungan itu, kerbau tersebut terpaksa dibedah pada keesokan harinya dan proses itu telah berjalan selama dua jam melibatkan lebih 60 jahitan.

Perkongsian di atas talian mengenai kejadian itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada penggguna.

Terdapat beberapa netizen juga meluahkan rasa simpati terhadap kerbau itu yang terpaksa menanggung akibat atas kecuaian pemiliknya.

Dalam cerita yang berlainan, seekor kerbau di Thailand telah menjadi sensasi di media sosial kerana kecantikannya.

Kerbau bernama Kalaya itu telah dibesarkan oleh pemiliknya Mod yang merupakan pakar dalam menternak kerbau di Thailand.

Melawan Hukum Alam, Kerbau Tular Jadi “Influencer” Kecantikan Raih Perhatian Ramai

Seekor kerbau bernama Kalaya telah menjadi popular dalam sekelip mata selepas wajahnya yang disolek mendapat perhatian pengguna media sosial, lapor The Thaiger.

Kerbau tersebut berjaya menarik perhatian ramai selepas tuannya yang bernama Mod menjadikan wajahnya sebagai tempat untuk melakukan tutorial solekan.

Dalam satu video yang mendapat lebih 90,000 tanda suka dan lebih satu juta tontonan memaparkan tuannya berjaya menyolek Kayala dengan pelbagai peralatan persolekan.

Berdasarkan video tersebut, sambil melakukan tutorial solekan, Mod turut memperkenalkan peralatan dan gaya solek yang akan dilakukannya pada wajah Kalaya.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

“Kami akan membuat tutorial solek pada wajah Kalaya. Langkah pertama ialah membersihkan mukanya. Sekarang mari kita melukis keningnya.

“Kami akan membuat penampilan solekan yang lembut pada hari ini. Pemerah pipi ini mempunyai empat warna. Kami akan mencampurkan oren, merah jambu, merah serta merah jambu muda. Kami akan menggunakan semuanya,” kata Mod petah dalam video tersebut.

Perkongsian muat naik video tersebut telah mendapat komen daripada netizen yang memuji perubahan wajah Kalaya selepas disolek.

Sumber: The Thaiger

The post Wanita Cuai Hidang Rantai Emas Miliknya Dalam Makanan, Terpaksa Bawa Kerbau Pergi “Vet” Bedah Perut appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*