Peniaga Rugi Hampir RM10k Rumah Dipecah Masuk

suami isteri rumah dipecah masuk

Peniaga Rugi Hampir RM10k Rumah Dipecah Masuk

Sepasang suami isteri mengalami kerugian kira-kira RM9,500 selepas rumah mereka dipecah masuk dipercayai melalui bumbung oleh seorang lelaki dalam kejadian di Ampang Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Azam Ismail berkata kira-kira jam 10 pagi pasangan tersebut telah meninggalkan rumah untuk berniaga di Jalan Ampang.

Jelasnya, semasa mangsa balik daripada berniaga pada pukul 3 petang dan memasuki rumahnya, mereka mendapati ruang tamu sedikit berselerak dan bilik pintu utama terkunci dari dalam.

“Apabila mangsa berjaya memasuki bilik menggunakan kunci pendua, barangan dalam keadaan berselerak dan siling terbuka

“Siasatan awal mendapati rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang suspek lelaki tidak dikenali berada di atas bumbung rumah mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, suspek dipercayai memecah masuk melalui bumbung dan memecahkan siling untuk ceroboh rumah mangsa.

“Beberapa barangan berharga milik pengadu telah hilang antaranya barangan barangan kemas bernilai RM7,000 dan wang tunai sebanyak RM2,500 dan anggaran kerugian keseluruhan RM9,500.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini untuk menghubungi balai berdekatan bagi salurkan maklumat,” ujarnya.

Sumber: Polis Daerah Ampang Jaya Page/Facebook

BACA: Hak Kebebasan Bersuara Diutamakan Namun Jangan Gugat Demokrasi Negara – Fahmi

The post Peniaga Rugi Hampir RM10k Rumah Dipecah Masuk appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*