(Video) Myvi tergolek dihentam Vios memotong secara melulu

Gara-gara memotong secara melulu dan tiadanya sifat bersabar, tindakan seorang pemandu Toyota Vios dalam video tular di media sosial, telah menjadi punca kemalangan dalam kejadian di Jalan Pusara, Kampung Sawah, Banting, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, kejadian itu berlaku pada jam 7 petang ketika pemandu Toyota Vios terbabit dalam perjalanan ke Kampung Sungai Buaya dari Pulau Carey.

Siasatan awal mendapati, pemandu Vios memotong beberapa kenderaan secara melulu di jalan yang mempunyai simpang kanan di hadapannya.

Keterujaan memotong tanpa halangannya itu bagaimanapun mengundang kecelakaan apabila dia gagal memberhentikan kenderaan ketika sebuah Perodua Myvi hendak memasuki simpang kanan menyebabkan berlakunya perlanggaran.

Impak dari kemalangan itu, kereta Perodua Myvi terbalik, manakala Toyota Vios terbabas di bahu jalan di lorong bertentangan.

VIDEO:

Kemalangan itu juga nyaris membabitkan pengguna jalan raya lain, tetapi mereka berjaya memberhentikan kenderaan tepat pada masanya.

Ahmad Ridhwan mengesahkan dua pemandu kenderaan itu masing-masing berusia 29 dan 30 tahun hanya mengalami kecederaan ringan dan kes itu kini disiasat di bawah Rule 5(2) A LN 166/59 kerana cuai semasa memotong di simpang sehingga menyebabkan kemalangan.

BACA: (Video) Berang disalam tanpa pandang muka, Pesara tampar kepala anggota TLDM

Sumber: Kosmo Online

 

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*