Tunai Hasrat Terakhir Nanami, Viral “Kento Nanami Memorial Shrine” Ada Di Kuantan?

kento nanami memorial kuantan

Tunai Hasrat Terakhir Nanami, Viral “Kento Nanami Memorial Shrine” Ada Di Kuantan?

Kebanyakan peminat siri anime terkenal, Jujutsu Kaisen (JJK) masih tidak dapat ‘move on’ daripada pemergian watak kegemaran, Kento Nanami dalam episod terbaharu yang ditayangkan semalam.

Beberapa detik sebelum terbunuh, Nanami sempat menyatakan hasratnya untuk menetap di Kuantan, Malaysia.

Watak tersebut berhasrat untuk menghabiskan sisa-sisa kehidupannya di sana dengan membaca buku sepanjang hari dan menikmati ketenangan di tepi laut.

Pada masa yang sama, Nanami juga berhasrat untuk membina rumah di kawasan terpencil berdekatan Kuantan untuk menikmati hari-hari selepas persaraannya.

Namun, impian Nanami tidak kesampaian apabila dibunuh oleh, Mahito ketika ingin menyelamatkan Yuji.

Babak tersebut menyentuh perasaan ramai penonton, lebih-lebih lagi ia merupakan detik pengakhiran kepada salah sau watak sokongan paling diminati dalam JJK.

Penuhi hasrat terakhir Nanami, peminat tubuhkan ‘Kento Nanami Memorial Shrine’ di Kuantan

Tidak sampai beberapa jam selepas episod yang menyedihkan itu disiarkan kepada khalayak, ada beberapa peminat telah bertindak dengan pantas.

Mereka telah ‘menubuhkan’ sebuah pusat memorial berdekatan Pantai Kempadang, Kuantan bagi memperingati pemergian watak ikonik tersebut.

Peminat Jujutsu Kaisen telah meletakkan pin dalam Google Map berdekatan lokasi tersebut, yang betul-betul bersebelahan dengan pantai.

kento nanami memorial shrine pantai kempadang kuantan
Kredit: Google

Lebih menariknya, walaupun tempat tersebut baru sahaja ditubuhkan tidak sampai 24 jam, lokasi tersebut telah mendapat kira-kira 23 ulasan di Google.

Lagi dahsyat, ‘pusat memorial’ tersebut telah mendapat rating sebanyak lima bintang menerusi laman yang sama.

kento nanami memorial shrine pantai kempadang kuantan
Kredit: Google

Rata-rata peminat yang ‘mengunjungi’ tempat tersebut telah mengucapkan ucapan takziah atas pemergian watak tersebut.

“Bersemadilah dengan tenang Nanami. Kami semua sayangkan anda dan akan sentiasa mengingati anda,” salah satu ulasan di Google.

“Ini tempat yang baik untuk rehatkan minda dan hilangkan tekanan… tetapi Nanami, saya akan sentiasa berada bersama anda,”

kento nanami memorial shrine pantai kempadang kuantan
Kredit: Google

Terdahulu, nama Kuantan menjadi trending di pelbagai platform media sosial dan menarik perhatian warga maya yang mahu mengenali ibu negeri Pahang tersebut.

BACA: Disebut Nanami Dalam Jujutsu Kaisen, Nama Kuantan Tiba-tiba Jadi “Trending”

Sumber: Google Maps

The post Tunai Hasrat Terakhir Nanami, Viral “Kento Nanami Memorial Shrine” Ada Di Kuantan? appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*