Penjualan “Energy Stick”, KKM Akan Ambil Tindakan

energy stick kkm

Penjualan “Energy Stick”, KKM Akan Ambil Tindakan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bakal mengambil tindakan segera mengenai penjualan produk penyedut hidung atau ‘energy stick’, lapor Sinar Harian.

Ia susulan produk tersebut tular di media sosial dan didakwa boleh memberi tenaga dan kesegaran kepada pengguna.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, pihaknya sebelum ini mendedahkan telah menerima aduan dan amaran berkaitan produk penyedut hidung itu.

“Saya sudah awal terima alert ini dan terus beritahu kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan serta timbalannya.

“KKM akan ambil tindakan segera berhubung perkara tersebut,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sewaktu merasmikan Hari Kesedaran Kanser Hati sempena Hari Kanser Sedunia 2024 di Bandar Tun Razak, Cheras semalam.

Lebih membimbangkan, media sebelum ini melaporkan berlaku peningkatan penggunaan ‘energy stick’ atau penyedut hidung (nasal inhaler) dalam kalangan pelajar sekolah.

Public Health Malaysia dalam muat naik di platform X juga telah memaklumkan kepada orang ramai supaya berwaspada dengan pengunaan bahan itu.

BACA: Produk Terbaru Khairul Aming “Sold Out” Dalam Tempoh 3 Minit

Difahamkan, produk itu dijual antara RM2.50 sehingga RM10 sahaja secara berleluasa.

‘Sedut dahulu, baru pergi sekolah’ atau ‘sedut dulu baru mulakan kerja’ antara tagline yang digunakan oleh sesetengah penjual bagi ‘melariskan’ produk yang kononnya memberi  tenaga dan kesegaran kepada pengguna.

Gambar: Public Health Malaysia

Energy stick ini mempunyai saiz seperti pemetik api, berwarna-warni dan pelbagai perisa yang dipromosikan. Pada bahagian atas, terdapat, dua corong yang muat ke dalam lubang hidung dan membolehkan ia disedut masuk ke paru-paru.

Tambah Public Health Malaysia, kaedah penggunaannya tak ubah seperti dadah kerana menggunakan kaedah hidung atau snorting. Secara psikologi, ia sangat buruk disebabkan mempromosikan bahan lain untuk dicuba oleh pengguna.

Sehubungan itu, pihaknya memohon agar penjualan dan pembelian produk energy stick dihentikan dengan kadar segera.

Sumber: Sinar Harian

BACA JUGA: Keputusan Pengurangan Hukuman Najib: PM Anwar Mahu Kritikan, Kecaman Dihentikan

The post Penjualan “Energy Stick”, KKM Akan Ambil Tindakan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*