Liverpool Cari Pengganti Klopp, Bakal Diminta “Resign”?

Liverpool pengganti klopp

Liverpool Cari Pengganti, Klopp Diminta “Resign” Secara Terhormat?

Masa depan jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp didakwa terancam selepas hierarki tertinggi kelab dikatakan sudah memulakan perbincangan untuk mencari penggantinya.

Menurut laporan Sportbible, meskipun menunjukkan kebangkitan dalam Liga Perdana Inggeris, The Reds secara keseluruhan berdepan dengan musim mencabar tahun ini.

Kelab itu menduduki tempat kelapan dalam liga, perbezaan kira-kira tujuh mata dari senarai empat teratas. Malah mereka juga telah terkeluar daripada perebutan kedua-dua piala domestik.

Sementara itu, angan-angan Klopp untuk menjuarai Liga Juara-Juara boleh dianggap semakin sukar direalisasikan selepas pasukannya tewas dalam di tangan Real Madrid dengan keputusan jaringan 5-2 pagi tadi.

Lebah memilukan, The Reds dibantai teruk oleh Real Madrid dalam perlawanan pusingan 16 di laman sendiri, iaitu gelanggang yang dianggap keramat dalam kancah UCL.

Liverpool memulakan perlawanan dengan cukup cemerlang, berada dua gol di depan seawal minit ke-14 perlawanan. Meskipun begitu, dua gol Vinicius Junior yang salah satunya disumbangkan kesilapan Allison Becker, mengikat kedudukan di separuh masa pertama.

Los Blancos kemudiannya menjaringkan tiga lagi gol untuk Real Madrid pada separuh masa kedua. Dua daripada jaringan itu disumbangkan oleh Karim Benzema.

Untuk rekod, ia merupakan kekalahan terburuk yang dicatatkan oleh Liverpool di laman sendiri sepanjang sejarah beraksi dalam UCL.

Maka, tak hairanlah kini khabar angin bertiup kencang mengenai masa depan Klopp yang didakwa mungkin akan disingkirkan tidak lama lagi.

Masa depan Klopp di Liverpool menjadi tanda tanya

Menurut Caught Offtside, Klopp kini berdepan dengan tekanan yang sangat tinggi selepas diaibkan oleh Juara Eropah 14 itu semalam.

Sumber dalam menggambarkan kelab melihat Klopp sebagai ‘serupa dan tidak berubah’ dan memerlukan ‘penyegaran semula’. Mereka juga melihat majoriti pemain utama Liverpool juga kelihatan sudah tidak bermaya.

Sebelum ini, Caught Offside melaporkan bahawa nasib Klopp bersama Liverpool musim ini sebahagian besarnya bergantung kepada prestasinya di saingan UCL.

Liverpool kenal pasti pengganti Klopp?

Laporan Caught Offside mendakwa bahawa hieraki tertinggi Liverpool telah melihat jurulatih Bayern Muncih, Julian Naglesmann sebagai pengganti berpotensi.

Jurulatih berusia 35 tahun itu mempunyai baki kontrak tiga tahun bersama juara Bundesliga itu. Namun, Naglesman mungkin tidak akan melepaskan peluang sekiranya ditawar untuk menggantikan Klopp di Liga Perdana Inggeris.

Keputusan muktamad mengenai masa depan Klopp dilaporkan masib belum diputuskan.

Bagaimanapun, sekiranya kelab benar-benar memutuskan untuk melepaskan Klopp, jurulatih Jerman itu akan diminta untuk meletak jawatan secara terhormat. Kelab dikatakan tidak mahu memecat jurulatih itu dan memberikannya peluang untuk berundur kerana menghormati kejayaan yang dibawanya ke kelab tersebut.

Sejak tiba di Liverpool pada Oktober 2015, Klopp telah berjaya membimbing kelab itu sebanyak tiga kali ke perlawanan akhir dalam Liga Juara-Juara. Mereka berjaya muncul sebagai juara pada 2019.

Seterusnya pada 2020, di bawah bimbingannya The Reds menjulang gelaran liga pertama mereka selepas 30 tahun menanti. Klopp juga berjaya mengisi trofi kabinet Liverpool dengan semua trofi domestik serta trofi Super Cup dan Club World Cup.

Sumber: Sportbible, Caught Offside

The post Liverpool Cari Pengganti Klopp, Bakal Diminta “Resign”? appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*