Penumpang Cemas, Ular Menyusur Atas Kepala Dalam Pesawat

ular dalam pesawat

Penumpang Cemas, Ular Menyusur Atas Kepala Dalam Pesawat

Penumpang sebuah penerbangan dikejutkan dengan penemuan ular di dalam kabin pesawat, baru-baru ini.

Menurut Mothership.sg, ketika kejadian, pesawat yang terlibat ketika itu sedang dalam penerbangan dari Bangkok dan menuju ke Phuket.

Detik-detik cemas tersebut berjaya dirakam oleh seorang penumpung dan dimuat naik menerusi akaun TikTok, @wannabnailssalon.

“Ular pun boleh terbang juga. Kejadian ni berlaku atas kepala saya. Ada ular ditemui dalam pesawat.

“Kejadian ini berlaku ketika pesawat sedang bersedia untuk mendarat,” katanya.

Ular sepanjang dua kaki itu dirakam merayap di kawasan tempat letak bagasi yang terletak di atas kepala penumpang.

Penumpang cemas jumpa ular dalam kabin pesawat

Kehadiran ular berkenaan nyata menyebabkan penumpang, terutamanya yang berada betul-betul di bawah bahagian tersebut terkejut.

Menurut pemilik TikTok berkenaan, kehadiran ular tersebut kemudian dimaklumkan kepada kru kabin.

Dalam rakaman tersebut, seorang kru penerbangan dirakam cuba untuk mengalihkan ular berkenaan dari kawasan penumpang.

Kru penerbangan cuba untuk mengalihkan ular tersebut

Pada percubaan utama, pramugara tersebut cuba untuk mengacukan mulut botol plastik kepada kepala ular itu.

Pramugara tersebut dipercayai cuba memastikan ular berkenaan menyusur masuk ke dalam botol yang dipegangnya.

Sungguhpun begitu, percubaan tersebut gagal membuahkan hasil yang positif dan kru penerbangan perlu mencari ikhtiar lain.

Beberapa orang pramugara yang lain kemudian cuba mencipta satu perangkap dengan menggunakan beg plastik.

Mereka membuka beg plastik di hadapan ular itu dan secara perlahan-lahan cuba mendorong ular itu agar bergerak lalu terjatuh ke dalam beg plastik berkenaan.

Usaha tersebut ternyata berhasil dan ular berkenaan berjaya ditangkap, sekaligus memberikan kelegaan kepada para penumpang.

Ular yang ditemui tidak berbahaya kepada manusia

Ular yang ditemui di dalam ruang pesawat berkenaan telah dikenalpasti sebagai ular Blanford’s bridle (Lycodon davisonii).

@wannabnailssalon

#งูบินได้ #งูบนเครื่องบิน

♬ เสียงต้นฉบับ – WannaBNails&Salon – WannaBNails&Salon

Blanford’s bridle merupakan sejenis ular yang yang tidak berbahaya dan biasa ditemui di Asia.

Haiwan reptilia ini tidak berbiasa dan tidak memberikan ancaman kepada manusia.

BACA: Kenapa Bas Sekolah Selalu Warna Kuning Keorenan? Ini Sebabnya

Sumber: Mothership.sg via X, @wannabnailssalon via TikTok

The post Penumpang Cemas, Ular Menyusur Atas Kepala Dalam Pesawat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*