Penunggang Motosikal Dilarang Belok Kanan Di Woodlands Centre Road Mulai 17 Julai – ICA

Penunggang Motosikal belok kanan woodlands centre road

Penunggang Motosikal Dilarang Belok Kanan Di Woodlands Centre Road Mulai 17 Julai – ICA

Bermula dari 17 Julai 2023, semua kenderaan (kecuali bas dan kenderaan yang disahkan sahaja) dilarang daripada belok ke arah kanan ketika memasuki Pusat Pemeriksaan Woodlands dengan menggunakan Woodlands Centre Road.

Menurut Immigration & Checkpoints Authority (ICA), kenderaan berkenaan hanya dibenarkan menggunakan sama ada Lebuhraya Bukit Timah Expressway (BKE) atau Woodlands Road.

Difahamkan, arahan ini akan berkuatkuasa sepanjang masa iaitu 24 jam sehari, termasuklah waktu curi umum.

Susulan itu, papan tanda akan diletakkan di sepanjang jalan yang berdekatan bagi memaklumkan pengguna mengenai perubahan tersebut.

Setakat ini, sekatan untuk belok kanan dilaksanakan ketika waktu puncak bagi mengawal trafik yang memasuki pusat pemeriksaan terbabit.

Walau bagaimanapun, berdasarkan hasil semakan antara pihak ICA bersama Land Transport Authority, pihaknya mendapati bahawa sekatan ini perlu dilaksanakan secara kekal.

BACA: Tinggalkan Dunia K-Pop, C.A.P Teen Top Bahagia Jadi Tukang Potong Rumput

Peraturan trafik yang telah disemak semula ini bakal membantu pergerakan bas awam untuk memasuki pusat pemeriksaan dengan mudah.

Selain itu, perkara ini dijangkakan mampu membantu kenderaan berada dalam barisan secara sistematik.

Hal ini kerana, peraturan ini dapat mengurangkan insiden memotong barisan serta meningkatkan keselamatan penunggang motosikal serta petugas di sana.

Bagi sesiapa yang didapati melanggar peraturan trafik tersebut, pesalah bakal dikenakan denda tidak melebihi SGD 1,000 (RM3,459.52).

Pesalah juga boleh dipenjarakan dalam tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

Manakala bagi pesalah yang pernah melanggar peraturan yang sama, mereka bakal didenda tidak melebihi dari $2,000 (RM6919.03).

Mereka juga boleh dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Pada akhir kenyataannya, ICA menasihati pengguna motosikal untuk mematuhi peraturan trafik berkenaan.

‘Pengguna motosikal diingatkan untuk mematuhi peraturan trafik, duduk di laluan sepatutnya serta mematuhi arahan daripada pegawai yang bertugas di pusat pemeriksaan.”

BACA: Nak Padam Akaun Threads? Kena Padam Akaun Instagram Dulu Baru Boleh

Sumber: Immigration & Checkpoints Authority (ICA) via Facebook

The post Penunggang Motosikal Dilarang Belok Kanan Di Woodlands Centre Road Mulai 17 Julai – ICA appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*