Gempa Bumi Di Jepun: Perdana Menteri Dan Isteri Zahir Simpati

gempa bumi jepun perdana menteri simpati

Gempa Bumi Di Jepun: Perdana Menteri Dan Isteri Zahir Simpati

KUALA LUMPUR, 1 Jan (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan rasa simpati terhadap rakyat Jepun terutamanya di Wilayah Ishikawa yang dilanda gempa bumi, hari ini.

Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar berkata kerajaan menerusi Kementerian Luar dan Kedutaan Besar Malaysia di Jepun sedang memantau rapat sebarang perkembangan terkini mengenai bencana itu.

“Moga yang terkesan diberi ketabahan dan kesabaran dalam waktu sukar dan mencabar ini termasuk rakyat kita di sana,” menurut catatan itu.

Gempa bumi itu dengan magnitud 7.6, mencetuskan amaran tsunami di sepanjang kawasan pantai barat Jepun dengan gelombang tsunami kecil sampai ke pantainya.

Terdahulu, Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas akibat bencana itu.

Menurut Wisma Putra, rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo di talian +81-3-3476-3840 atau +8180-3913-3840 (kecemasan) dan e-mel mwtokyo@kln.gov.my atau consular.tyo@kln.gov.my.

BACA: Enam Terkorban Akibat Gempa Bumi Di Jepun

Sumber: Bernama

The post Gempa Bumi Di Jepun: Perdana Menteri Dan Isteri Zahir Simpati appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*